Bila terlihat makanan yang disajikan di Waroeng Isabella milik Nabila Huda dan suaminya yang baru sahaja dibuka, memang terliur dibuatnya. Malah, perniagaannya itu mendapat sambutan yang baik, ramai sekali yang teringin merasai keenakan makanan ala Indonesia.
Namun, ada yang mengkritik makanan yang disajikan indah khabar daripada rupa dan mengambil masa yang lama untuk dihidangkan.
Perkara itu sudah tular di Twitter dan mendapat perhatian ramai termasuklah Nabila sendiri yang tampil menjawab setiap kritikan.
Ada pihak tidak bersetuju dengan jawapan yang diberikan oleh Nabila, sepatutnya beliau harus bersikap lebih terbuka menerima kritikan dan memperbaiki servis di kedai makannya itu agar lebih menetapi hati serta citarasa pelanggan.
Bukan mudah sebenarnya hendak berniaga apatah lagi berkaitan dengan makanan, tidak boleh puaskan hati semua orang. Apa-apa pun, kami harap Nabila dapat bersabar.