Kalau Abang Nara jadi Nabila Huda, pasti akan bengang dan stress jugak. Mana tidaknya, penat-penat kongsikan gambar, tengok-tengok semua komen adalah komen promosi barangan masing-masing. Contohnya “nak putih sila SMS“, “nak jadi kaya? whatsapp saya” dan macam-macam lagilah. Memang pening dibuatnya.
Abang Nara perhatikan bukan Nabila Huda sahaja yang menjadi mangsa. Kebanyakan selebriti-selebriti tempatan kesemuanya mendapat komen iklan yang serupa. Kadang-kadang tak ada langsung komen berkaitan gambar, semuanya sibuk nak jual produk masing-masing. Itu yang membuatkan Nabila Huda sampai berkongsi ayat di bawah untuk para pengikut Instagramnya.
Berkata kepada Berita Harian, Nabila Huda menganggap perbuatan mereka ini adalah tidak beradab. Kata Nabila Huda:-
Jangan salah guna dengan meninggalkan komen mengenai barangan jualan pada gambar yang saya muat naik. Itu tidak beradab.Saya tidak ada masalah kalau mereka nak berniaga. Buka akaun dan buat promosi, bukan dengan cara murahan dan ganggu akaun milik orang lain
Bagi Abang Nara, nak berniaga boleh tapi caranya kenalah betul. Rasanya tak banyak impak pun kalau anda mengiklankan produk anda di akaun Instagram selebriti-selebriti ini. Mungkin boleh cuba belajar cara “marketing” yang sebenar. Abang Nara yakin orang lain pun stress asyik-asyik tengok komen jualan barangan je di akaun Instagram artis kesayangan mereka.