Wujudnya beberapa laman sosial yang percuma, maka terdapatlah juga beberapa individu yang tidak bertanggungjawab dan mengambil kesempatan dengan populariti seorang artis untuk faedah mereka tersendiri. Mereka sedar bahawa dapat menarik mangsa apabila artis pujaan mereka membalas perbualan dan mempromosikan sesuatu.
Terbaru, pelakon Nabila Huda telah merasa bengang dengan akaun laman sosial Facebook palsu yang telah menggunakan nama beliau untuk mengaut keuntungan daripada orang ramai.
Nabila telah sempat untuk berkongsi salah satu perbualan didalam akaun Facebook tersebut kepada peminatnya di Instagram dan meminta agar mereka lebih berhati-hati dan tidak terpedaya dengan individu palsu tersebut.
This both facebook account adalah FAKE!!!!!!Korang jangan tertipu.Especially yang the right one.Yang belah kanan tu memang melampau sebab saya dengar dia ada message some of my fans MINTAK DUIT mintak simpati peminat dan ada yang dah bank in!!!Serious ah dah la fake acc nk curi gambar from instagram.Status yang dk update pun ikut suka hati dia je!Tolong jangan tertipu!Saya akan amik tindakan soon.Please spread the news okay.For ur information saya memang takde admin untuk fanpage on facebook.Saya ada satu saja fanpage yang adminnya adalah saya.i’ll post it later.PLEASE REPOST.
Harapnya selepas ini tiada lagi yang tertipu dengan akaun palsu tersebut. Memang ada manusia yang mengintai peluang untuk menipu dan mengambil kesempatan, semata-mata untuk mencari duit.