Nabila Dikatakan Bercinta Dengan Engku Emran, Ini Respon Sharnaaz Ahmad

Hiburan

Nabila Dikatakan Bercinta Dengan Engku Emran, Ini Respon Sharnaaz Ahmad

Kecoh di media sosial hari ini apabila Noor Nabila dikatakan bercinta dengan bekas suami pelakon Laudya Cynthia Bella iaitu Engku Emran. Spekulasi mula diperkatakan apabila Engku Emran dilihat hadir di kediaman Noor Nabila ketika sesi usrah bersama Ustaz Wadi dan ahli keluarga yang lain.

Noor Nabila
3 years ago

Hadir Bersama Untuk Sesi Usrah, Noor Nabila Dan Engku Emran Didakwa Sudah Bertunang

Advertisement

Namun, setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada kehadiran Engku Emran adalah disebabkan hubungan istimewa atau sekadar jemputan rakan biasa sahaja. Kedua-dua belah pihak juga masih tidak memberikan sebarang penjelasan.

Bekas suami Noor Nabila, Sharnaaz Ahmad ketika dihubungi Astro Gempak enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi hubungan yang diperkatakan itu.

Saya tak nak komen apa-apa. Itu hak Nabila.

Katanya, perkara itu adalah hak Nabila jadi lebih baik dia tidak mencampuri urusan berkenaan.

Terdahulu, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun mengambil keputusan berpisah pada Julai tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...