Akhirnya Nabil telah membuat kenyataan akhbar berkenaan aksi spontannya memeluk Irma Hasmie sewaktu diumumkan sebagai Bintang Paling Popular Berita Harian 2008. Di bawah adalah lebih kurang pengakuan Nabil:-
Saya peluk dia secara spontan, jadi saya tak menyesal sebab itu merupakan cara saya meluahkan perasaan gembira.Lagipun, dia merupakan tempat untuk saya meluahkan perasaan, semasa saya susah dan senang.
Tapi Nabil masih bagus apabila meminta maaf akibat perbuatannya itu. Mungkin Nabil sedar yang perbuatan itu tidak boleh diterima oleh orang ramai. Siap mengaku nak jadikan Irma isteri lagi.
Saya minta maaf kalau apa yang orang nampak itu melampaui batas dan terpeluk di tempat yang salah. Selepas ini, saya tidak akan buat lagi, sehinggalah dia menjadi isteri saya.
Tambah “bagus” bila Nabil membuat pengakuan ikhlas pengakuan ikhlas memegang tangan dan bahu Irma Hasmie semasa berdating di shopping kompleks.
Orang pernah cakap meluat tengok saya peluk Irma kat Shopping Complex tetapi saya tak pernah buat pun. Saya hanya pernah pegang tangan dan bahunya,
Pendapat kami? Lu pikirlah sendiri. Apa pulak pendapat anda dengan pengakuan berani mati Nabil ini?