Tidak mahu terus dipersalahkan, Nabil menjelaskan apa yang terjadi bukanlah berpunca daripada dirinya kerana foto tersebut dimuat naik oleh jurugambar dan kemudiannya disebarkan oleh individu lain di media sosial.
Saya tidak pernah memuatnaik gambar itu. Bukan saya, tetapi jurugambar yang merakam gambar  kami yang meletakkannya di Instagram beliau. Tetapi, orang lain pula yang menyebarkan gambar itu. Jadi, ia bukan salah saya. Saya sendiri takkan memuatnaik gambar yang boleh memberikan persepsi negatif terhadap masyarakat.
Sudah lali dengan komen netizen, Nabil enggan ambil pusing akan isu berkenaan. Buat Nabil, apa yang beliau dan isterinya lakukan tidak perlu dijadikan bualan ramai.
(Mereka) yang banyak bercakap itu, lebih baik perbaiki diri. Saya tidak tahu nak komen apa kerana saya tak peduli pun apa yang orang kata. Bukan saya yang memuatnaik gambar itu. Apabila sudah berada di ‘kota cinta’, jadi pastinya ada detik manis di antara saya dengan isteri. Kebetulan pula jurugambar yang berada bersama kami merakam momen berkenaan. Mungkin dia berasakan ia romantik, lalu memuatnaik foto itu di Instagram.
Sikap Nabil yang tidak terlalu melatah dan kembali “menghentam†netizen kerana komen negatif harus dipuji. Iyalah, kalau melenting tiada perkara yang dapat dijelaskan dengan baik.