Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Nabil Ahmad Teruja Bakal Tunaikan Umrah Bersama Isteri

Pernah menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah sebelum ini, Nabil Ahmad yang bakal menunaikan umrah pada 27 Jun depan akui ia detik yang bermakna buat beliau apabila dapat menunaikan ibadah berkenaan bersama isterinya Nazira Ayub ataupun lebih dikenali sebagai Zira.

Advertisement

Jelas Nabil, ia menjadi lebih istimewa kerana mereka akan menunaikan umrah pada 10 malam terakhir Ramadhan yang mempunyai banyak kelebihan dimana betapa bertuahnya untuk pahala digandakan terutama sekali pada malam Lailatul Qadr.

Memang sudah lama saya berniat membawa ‘orang rumah’ mengerjakan umrah. Namun, ketika pemergian ke Tanah Suci sebelum ini, saya pergi bersama rombongan lelaki, jadi agak kurang sesuai.

Nyata perancangan Allah adalah sebaik-baiknya apabila ‘panggilan’ ini hadir tepat pada bulan puasa. Malah, kami mendapat rezeki bermakna iaitu beribadat pada malam-malam terakhir Ramadhan.

Nabil juga menyimpan harapan agar isterinya terbuka hati untuk menutup aurat selepas pulang daripada umrah.

Saya faham isteri belum berhijab. Saya harap pemergian kami ke Tanah Suci ini membawa perubahan buat saya dan isteri, doakan kami.

Nabil dan isteri dijangka pulang pada 5 Julai depan.

Advertisement

Semoga Nabil Ahmad dan isteri memperoleh seribu satu keberkatan ketika berada di Mekah. Kami doakan juga segala proses untuk menunaikan ibadah berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top