April 16th, 2018

Sudah bertahun lamanya pengacara Nabil ahmad bergandingan dengan Neelofa mengacarakan rancangan MeleTop. Namun begitu, keserasian mereka berdua menyebabkan ramai tertanya adakah Nabil terpikat dengan si cantik Neelofa.
 Kepada Media Hiburan, Nabil menyatakan yang hubungan mereka tidak lebih sekadar teman:

Kami punya hubungan sesuatu yang memang betul-betul “kau aku”. Kami pun sudah lama kenal dan mungkin sebab itulah kami boleh berkawan memandangkan saya dan dia tahu batas masing-masing.

Kita pun tahu lah taste dia macam mana. Kita ni despatch la pula.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Nabil bagaimanapun mengakui bahawa isterinya ada merasa risau di awal gandingan mereka satu ketika dahulu:

Mula-mula dulu adalah dia (isteri) risau. Tapi bila lama-kelamaan, dia pun tahu kami kerja secara profesional. Malah dia pun tahu percakapan kami pun “kau aku” saja. Tak timbul pun isu-isu macam tu.

Tak terfikir nak kahwin atau tambah isteri, yang ada seorang ni pun dah cukup. Saya sedar kemampuan diri dan belum cukup sempurna rasanya nak pegang amanah berat.

Ilmu agama pun tak banyak, jadi jangan berangan nak tambah isteri. Yang seorang ni pun tak mampu nak kawal, garang semacam, cukuplah!

MeleTOP ialah sebuah rancangan berformat hiburan yang menyiarkan carta lagu, filem serta gosip terkini di dalam dan di luar Malaysia. Rancangan berdurasi 60 minit ini bersiaran secara langsung setiap malam Selasa dan dihoskan oleh Nabil dan Neelofa sejak 2012. – beautifulnara.com


59 responses to “Nabil Ahmad Tak Jatuh Cinta Wanita Secantik Neelofa, “Kita Tahu Taste Dia Macam Mana””

  1. Anonymous says:

    reply utk anon..17 hb ..8.28am

  2. Anonymous says:

    HELLO, AKU KAWEN DGN BUJANG LAH, ANAK AKU DH BESAR, REMAJA.
    AKU PERGI TGOK BANGSA2 PAHTUN MMG LAWA2 DAN KACAK2 (SEMPADAN UTARA -SEMPADAN ARGANISTAN).
    MAKA CAMPURAN DI SINI BKN LAWA SGT MCM DI SANA, MALAHAN LAWA MEREKA TIDAK BOLEH DIPERTONTONKAN, KECUALI KUARGA BELAH2 KUARGA SHJ.GAMBAR WANITA PUN TIDAK BOLEH SESUKA DI AMBIL. (TIDAK SAMA MCM PUNJAB- fhm ke ni).
    KALAU X ADA “EXPERIANCE REAL TENGOK FACE TO FACE JGN KECAM MCM ORG GILA”.

  3. nini says:

    kalau nabil jawab taste dia yg mcm mana ok la,ni nabil jawab dia tau taste neelofa..tu tak bermaksud yg nabil xde perasaan kt neelofa..kekeke..pendam saja la.

  4. Anonymous says:

    Apsal Lofa makin hari nampak makin tua? Kadang tersalah ingat mak dia. Salah makeup ke pun?

  5. nabil raja lawek says:

    nabil tu tau adab la kwn….x perlu buat cerita cmni…….matang skit

Loading...