Nabil Ahmad Sindir Azwan Ali Kembali Mengacara?

Hiburan

Nabil Ahmad Sindir Azwan Ali Kembali Mengacara?

Bertindak seakan memerli dan meniru gaya Azwan Ali yang kini kembali dalam bidang pengacaraan dalam program Lagu Cinta Kita 2, pengacara Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) Nabil Ahmad dikecam warganet.

Advertisement

Tindakan Nabil mengeluarkan ayat berkaitan ‘selfie stick’ yang sememangnya sinonim dengan Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA itu disifatkan agak biadab oleh segelintir pihak.

Sindiran itu dikeluarkan dari mulutnya sendiri ketika mengendalikan program GV7 secara langsung semalam.

https://twitter.com/inialannn/status/1328005412176547841?s=21

“Not my level, shut up! (Bukan tahap saya, diam) Orang selalu pegang ‘selfie stick’ tiba-tiba pegang mikrofon, jadi macam itulah.”

Biarpun tidak menujukan kenyataan itu kepada nama sesiapa, namun ramai dalam kalangan netizen kini seakan panas hati dengan pengacara berstatus Haji tersebut.

Malah, ramai yang mendakwa perbuatan Nabil itu seolah meniru gaya Azwan yang kini kembali mengacarakan sebuah program yang bersiaran sama waktu dengan GV7.

Susulan kejadian, rata-rata netizen menyeru Nabil supaya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka ekoran sindiran tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...