Nabil Ahmad, Radin Dan Azad Jasmin Kembali Bersiaran Hari Ini Setelah Sebulan ‘Berehat’

Hiburan

Nabil Ahmad, Radin Dan Azad Jasmin Kembali Bersiaran Hari Ini Setelah Sebulan ‘Berehat’

Tiga penyampai Era FM, Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jasmin akan kembali bersiaran esok selepas digantung tugas selama sebulan susulan kontroversi video tarian yang dikaitkan dengan isu agama.

Menurut pengumuman di Instagram Era FM, mereka akan menyambung semula tugas dalam segmen 3 Pagi Era bermula Isnin, 7 April jam 6 pagi.

Advertisement

Kepulangan mereka turut mendapat reaksi positif daripada peminat yang menyatakan keterujaan di ruangan komen.

Sepanjang penggantungan, segmen tersebut diisi oleh Munabella, Namie, Sharifah Shahirah dan Haziq Husni.

Walaupun insiden itu mencetuskan kritikan hebat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesahkan bahawa lesen penyiaran Maestra Broadcast Sdn. Bhd., pengendali Era FM, tidak digantung.

Namun begitu, syarikat tersebut dikenakan kompaun sebanyak RM250,000 di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (pindaan berkuat kuasa 11 Februari 2025) kerana memuat naik kandungan jelik melampau di akaun TikTok rasmi Era FM.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

lana nodin kecam orang kecam penguin dance
23 hours ago

"Tergedik Dengan Jantan Boleh Pula" - Lana Nodin Bidas Kecaman Netizen Bagi Duit Raya Ikut Trend 'Penguin Dance'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...