Sejak beberapa tahun lalu, Nabil Ahmad lebih dikenali sebagai pengacara berbanding pelawak. Malah, beliau juga sering menerima tawaran untuk mengacarakan majlis ataupun acara yang besar-besaran. Ada yang mengatakan beliau pengacara lelaki paling mahal di Malaysia. Betul ke Nabil?
Nak cakap harga saya mahal, tak juga sebab saya selalu mendapat tawaran daripada penganjur yang sama, mereka ‘repeat order’ dan semuanya bergantung menerusi sesi perbincangan dengan pelanggan. Bagi saya, skil perhubungan awam serta hubungan baik dengan penganjur harus saya pentingkan berbanding meletakkan harga mahal.
Jika acara itu melibatkan organisasi besar, takkan saya mahu meletakkan harga murah pula? Secara peribadi, soal meletakkan harga, semuanya mengikut keadaan dan boleh dibawa berbincang.
Pernah merasa sakit dan derita sebelum berada di kedudukannya sekarang, Nabil sering mengingatkan diri beliau untuk terus merendah diri. Semoga Nabil akan terus berjaya.