November 21st, 2018

Mengakui tidak dapat menahan perasaan marah apabila difitnah Datuk Seri Vida, pengacara dan pelawak Nabil Ahmad pada masa yang sama merasa kesal dengan tindakannya yang mendedahkan isu hutang tertunggak.

Nabil tidak sangka DSV akan mengambil kesempatan dengan mengajak orang ramai menyertai kelas perniagaan dikendalinya selepas kontroversi fitnah itu menjadi viral. Menurut Nabil, secara tidak langsung beliau sudah memberikan promosi percuma pula buat usahawan kosmetik itu.

Saya menyesal membuka mulut mengenai hal (hutang) terbabit kerana dia menggunakan peluang itu untuk mengajak orang ramai menyertai kelas yang dikendalikan olehnya. Tidak sangka, dia menggunakan kesempatan ini untuk mendapatkan publisiti secara mudah, tanpa perlu mengeluarkan duit.

Sudah dua tahun sebenarnya saya berusaha meminta dia membayar hutang berjumlah RM30,000, namun tidak diendahkan olehnya. Saya enggan lagi memanjangkan perkara ini kerana bagi saya, urusan kami sudah selesai. Selebihnya adalah (urusan) antara dirinya dengan Tuhan.

Meskipun masih tertanya apakah motif sebenar DSV memfitnah dirinya dan Jihan Muse, Nabil bagaimanapun enggan lagi membangkitkan isu tersebut. Untuk apa memberikan publisiti mudah kepada pihak terbabit.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : EH! Malaysia


28 responses to “Nabil Ahmad Menyesal Buka Mulut Tuntut Hutang RM30,000”

  1. Anonymous says:

    lama2 si vida ni balik duduk kampung kat jeli sana. siapa nak percaya ko lagi?

  2. Anonymous says:

    Padan muka..siapa suruh ko percaya scammer tu.

  3. Anonymous says:

    vida ni byk kes la. ni bukan pertama kali.

  4. Magkuk vida says:

    Badak sumbu nih x habis2 lagi..serba serbi hodoh bodoh piang jahanam la kau meluat aihh

  5. Anonymous says:

    dont worry nabil. org baru merasa kekayaan ni memang selalu mcm ni..lupa daratan. Dia ingat dia ada berjuta dalam bank tu dia yang paling kaya and boleh buat segala mcm bnda. Dia lupa semua tu boleh hilang sekelip mata. apatah lagi bila cara dia dapat duit tu x betul – melalui penipuan dan penindasan. Dulu ramai aje jutawan kosmetik mengejut mcm si vida and aliffsyukri ni. tapi sekejap aje. lepas tu hilang.

    • Anonymous says:

      kemungkinan dia tak cash rich… semua “kekayaan” yg kita nampak ada kat DSV tu sebenarnya berhutang. Tunggu masa je, bila cash rolling tak kena, berlubang sini sana dan tak mampu nak cover, “kekayaan” tu akan hilang dlm sekelip mata nanti

Loading...