Mengakui tidak dapat menahan perasaan marah apabila difitnah Datuk Seri Vida, pengacara dan pelawak Nabil Ahmad pada masa yang sama merasa kesal dengan tindakannya yang mendedahkan isu hutang tertunggak.
Nabil tidak sangka DSV akan mengambil kesempatan dengan mengajak orang ramai menyertai kelas perniagaan dikendalinya selepas kontroversi fitnah itu menjadi viral. Menurut Nabil, secara tidak langsung beliau sudah memberikan promosi percuma pula buat usahawan kosmetik itu.
Saya menyesal membuka mulut mengenai hal (hutang) terbabit kerana dia menggunakan peluang itu untuk mengajak orang ramai menyertai kelas yang dikendalikan olehnya. Tidak sangka, dia menggunakan kesempatan ini untuk mendapatkan publisiti secara mudah, tanpa perlu mengeluarkan duit.
Sudah dua tahun sebenarnya saya berusaha meminta dia membayar hutang berjumlah RM30,000, namun tidak diendahkan olehnya. Saya enggan lagi memanjangkan perkara ini kerana bagi saya, urusan kami sudah selesai. Selebihnya adalah (urusan) antara dirinya dengan Tuhan.
Meskipun masih tertanya apakah motif sebenar DSV memfitnah dirinya dan Jihan Muse, Nabil bagaimanapun enggan lagi membangkitkan isu tersebut. Untuk apa memberikan publisiti mudah kepada pihak terbabit.