October 4th, 2018

Mungkin ada antara kita yang berkata betapa untungnya menjadi seorang artis, bukan sahaja nampak glamor tetapi mempunyai kehidupan yang mewah. Walaubagaimanapun, langit tidak selalunya cerah dan kita pernah dengar juga berita sesetengah artis yang pernah berada di kemuncak dan tiba-tiba jatuh.

Disebabkan itu, pelawak dan pengacara Nabil Ahmad juga sudah terfikir untuk meninggalkan dunia seni tetapi hanya selepas beliau sudah menemui sumber pendapatan lain untuk menampung keluarganya. Nabil akui beliau minat untuk menceburi bidang perniagaan pula.

Advertisement

Saya tengah menyiapkan diri untuk cari sumber pendapatan lain dan kalau ada sumber lain saya ingin berhenti jadi artis. Macam Shuib dia sudah jumpa madu dia dan saya harap dimurahkan rezeki ke arah itu pula.

Saya sayang industri cuma saya rasa sudah tiba masa saya untuk buat perkara lain. Sekarang ini saya rasa terlalu bergantung dan mengharapkan rezeki daripada industri semata-mata. Saya takut kerana kita berada pada tahap ini tidak lama, ada masa kita akan perlahan.

Rezeki dalam bidang seni ini ada turun naiknya dan memang baguslah kalau Nabil mempunyai matlamat yang lebih baik demi masa depannya dan keluarga. Semoga segalanya dipermudahkan dan dimurahkan rezeki.

Sumber Berita : mStar Online

Advertisement

27 responses to “Nabil Ahmad Mahu Berundur Dari Dunia Seni?”

  1. Anonymous says:

    Sembang…..

  2. joe says:

    kau untung la, mana nak dpt kerja 2-3 jam, gaji 10-15k…bidang ni je…samapi mati pun takkan bersara

  3. Anonymous says:

    propa jer lebih

  4. Anonymous says:

    propa jer

  5. My pleasure nbil says:

    Asal nk say yabedabadoo..mmg ptut ko retire,xde fngsi pn.tp asal aku rsa cm gimik je yek..retis kn xde pljran,so plan nk lris sesuatu ckit2 gimik.

Loading...