October 2nd, 2017

Menjadi seorang pelawak bukanlah mudah. Menjadi seorang pelawak yang ditugaskan menjadi pengacara untuk majlis-majlis besarlah lagilah bukan mudah. Tanggungjawab sangat besar untuk memastikan majlis berjalan lancar sambil para penonton dihiburkan dan boleh bergelak ketawa. Susulan kritikan yang diterima oleh rakan baru-baru ini, Nabil Ahmad telah meluahkan rasa terkilan dengan kritikan dan kecaman yang diterima oleh para pelawak yang menjadi pengacara majlis-majlis tertentu. Secara peribadi, Abang Nara suka dengan lawak Nabil Ahmad terutama ketika menjadi pengacara GegarVaganza. Salah satu sebab Abang Nara tengok GegarVaganza ialah untuk bergelak ketawa melihat lawak Nabil dan Jihan.

nabil ahmad

Apa yang Abang Nara pelik ialah yang mengkritik habis-habisan ini ialah pelawak dan rakan artis jugak. Hmmmm. Sepatut sebagai rakan seperjuangan, kenalah bagi sokongan. Kalau tak puas hati ke apa, boleh mesej secara peribadi. Janganlah gunakan laman sosial untuk “menjatuhkan” rakan anda. Bukannya tak ada nombor telefon. Ikuti luahan hati Nabil Ahmad di bawah:-

Cuba cakap siapa pengacara bukan pelawak yang mampu memberikan hip dan mengemudi acara besar seperti majlis anugerah dengan baik? Saya tidak kata pelawak hebat namun berdasarkan pengalaman apa yang seseorang yang bukan pelawak mampu buat sekiranya perlu mengacarakan majlis secara spontan tanpa skrip? Di situlah letaknya kepentingan skil untuk melawak. Sekurang-kurangnya majlis tidak sepi.

Apapun, penerimaan orang terhadap pelawak yang menjadi pengacara itu subjektif, ada segelintir penonton atau audiens melihat lawak itu sesuatu yang sensitif. Andai rasa lawak yang disampaikan oleh pelawak yang menjadi pengacara itu sensitif dan mengaibkan, teruskan saja dengan tindakan selanjutnya. Jika perlu permohonan maaf terbuka, kita akan buat

nabil ahmad

Nampaknya Nabil Ahmad semakin lantang bersuara mempertahankan nasib para pelawak tanah air. Ini satu tindakan yang terpuji. Ada betulnya juga kata Nabil. Kalau anda rasa boleh jadi pengacara yang lagi bagus daripada pelawak, silalah tampil mengacara di atas pentas. Nak tengok juga tahap mana kehebatan anda. Jangan pula lepas tue koyak kena kritik dengan netizen. Tak gitu? Sumber Astro Gempak.


Comments are closed.

Loading...