Walaubagaimanapun, Nabil mengakui memiliki bentuk badan sado ini ada implikasinya tersendiri dari segi pandangan masyarakat kepadanya. Pelawak tersebut banyak menerima sindiran apabila fizikalnya mengalami perubahan secara ketara tetapi beliau langsung tidak berkecil hati terhadap sindirian tersebut.
Saya perasan ada peminat yang sudah mula panggil saya abang sado. Sampaikan sewaktu sedang menunaikan solat di masjid ada orang panggil saya abang sado. Saya sedar ada di antara mereka memberi pujian tetapi berbaur sindiran.
Pada saya ianya lucu sebab saya sendiri memang tak pernah mempunyai bentuk fizikal seperti sekarang. Tetapi saya tak pernah berkecil hati kerana ianya membuktikan usaha selama ini berjaya.
Malah  sewaktu baru bergelar sebagai seorang pelawak lagi sudah ada pihak yang menuduh beliau terlibat dengan penyalahgunaan dadah kerana terlalu kurus sedangkan Nabil sebenarnya bukan seorang perokok tegar.
Masa saya baru bergelar pelawak lagi ada orang ingat saya terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Sedangkan saya sendiri bukan seorang perokok tegar tetapi saya tidak kisah dengan tuduhan seperti itu. Kini apabila saya nampak lebih sihat ianya memberi saya banyak tawaran kerja. Jadi banyak benda positif yang saya terima sejak bentuk fizikal saya berubah. Tahun ini Alhamdulillah rezeki saya semakin bertambah.
Pada masa yang sama, Nabil Ahmad memberitahu beliau  bakal berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 6 Julai ini untuk menunaikan Umrah dan akan menghabiskan 10 hari terkahir Ramadhan disana dan bakal pulang ke Malaysia sebelum Aidilfitri.