Nabil Ahmad Dipanggil SPRM Berhubung Isu Macau Scam

Hiburan

Nabil Ahmad Dipanggil SPRM Berhubung Isu Macau Scam

Pelawak dan pengacara popular tanah air Nabil Ahmad, mengesahkan beliau antara individu yang tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

Advertisement

Menurutnya, beliau dipanggil bagi membantu siasatan berhubung aktiviti pengubahan wang haram oleh sindiket Macau Scam dan perjudian dalam talian.

Bagaimanapun, beliau mendedahkan tiada apa-apa yang berlaku kerana dirinya tidak terlibat dengan kes itu.

“Kes ini sudah selesai. Mereka tanya berkenaan pembukaan kedai minuman Bubble Bee di Seremban dan saya maklumkan ia belum beroperasi lagi. Selepas itu mereka terus tak tanya apa-apa lagi dan itu sahaja soalannya. Ini kerana kalau tiada kedai buat apa nak siasat,”

Beliau juga memaklumkan dirinya turut disoal mengenai kedai minuman yang bakal dikendalikannya kelak bersama pelawak Shuib Sepahtu.

“Tunggulah kes Shuib selesai baru akan diteruskan. Lagipun semua urusan termasuk sewa kedai dia yang uruskan. Saya memang nak sangat buka kedai itu tapi tetap kena tunggu kesnya selesai. Saya sangat simpati dengan Shuib. Saya lega apabila tidak dikaitkan tapi saya harap kita dapat doakan untuk Shuib. Allah uji dia dan nak naikkan darjatnya.”

Memetik laporan Harian Metro, lima selebriti termasuk seorang wanita terdiri daripada pelakon, penyanyi dan pengacara sudah tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM berhubung kes tersebut.

Sumber: Harian Metro 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...