Nabil Ahmad Dedah Hampir Setiap Hari Terima Mesej Daripada Teman Sekampung Minta Bantuan Akibat Hilang Pekerjaan Sejak PKP

Hiburan

Nabil Ahmad Dedah Hampir Setiap Hari Terima Mesej Daripada Teman Sekampung Minta Bantuan Akibat Hilang Pekerjaan Sejak PKP

Meskipun berdepan pelbagai cabaran sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan banyak komitmen seni yang tergendala, pengacara Nabil Ahmad akui tetap membantu rakan-rakannya yang terkesan dengan impak penularan COVID-19.

nabil ahmad bantu kawan sejak pkp

Advertisement

Menurutnya, hampir setiap hari beliau menerima mesej daripada teman sekampung yang meminta bantuan akibat hilang pekerjaan sejak PKP.

“Sekarang, hampir 70 hingga 80 peratus kawan-kawan saya di kampung menganggur. “Jadi, ramai yang menghubungi meminta dipinjamkan wang. Kawan-kawan kampung saya kenal dari kecil, takkan tak dibantu.”

nabil ahmad bantu kawan sejak pkp

Rentetan itu, selepas mendengar kisah wujud segelintir pihak yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sehingga memungkinkan gelombang kedua COVID-19 melanda, Nabil dilihat bagai tidak senang hati memikirkan soal berkenaan.

“Memang tidak patut. Kita tidak mahu gelombang kedua berlaku sehingga terpaksa mematuhi PKP sekali lagi. Kalau jadi balik, ekonomi kita akan lebih terjejas.”

Ujar Nabil, beliau akui perit apabila tidak dapat menjana pendapatan sepanjang tempoh tiga bulan akibat COVID-19. Katanya, lebih 20 acara terpaksa dibatalkan dengan membabitkan kerugian ratusan ribu ringgit.

“Sejujurnya, sepanjang PKP, saya tidak ada pendapatan kecuali sebagai pengacara Meletop. Pengurus saya beritahu ‘show’ dan acara dari Mac hingga Disember, semuanya dibatalkan.”

nabil ahmad bantu kawan sejak pkp

Selain bersyukur kerajaan membenarkan penangguhan bayaran balik pinjaman atau moratorium, Nabil juga dilihat tidak segan mendedahkan dua pekerja syarikat produksinya terpaksa dihentikan perkhidmatan.

Mengakui agak terkesan, Nabil bagaimanapun tetap bersyukur kerana masih banyak syarikat tampil menjalin kerjasama dengannya seperti produk wangian, Sugarbomb.

Untuk rekod, Nabil merupakan Juara Raja Lawak musim kedua. Kepetahannya mengacara dengan menyajikan elemen lawak dalam berkata-kata, sehingga kini, nama Nabil masih utuh dalam industri hiburan tanah air kerana dikhabarkan tidak putus-putus menerima pelbagai tawaran daripada banyak pihak.

Sumber: BH Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...