Walaubagaimanapun, teguran Chef Wan itu membuatkan Nabil dan Jihan terasa hati dan memberikan tanggapan negatif terhadap mereka.
Chef Wan tampil memohon maaf dan menjelaskan beliau hanya berniat untuk menasihati mereka secara baik agar dapat menjadi pengacara yang lebih dihormati di masa hadapan.
Teguran Chef Wan itu ada betulnya dan tidak salah untuk beliau meluahkan pendapat sebagai seorang yang senior kepada “adik-adiknya”. Apa-apa pun, harapnya Nabil dan Jihan tidaklah bersikap dingin dengan Chef Wan kerana perkara ini.