Nabil Ahmad Berharap Agar Isteri Kekal Istiqamah Bersama Ke Arah Kebaikan

Hiburan

Nabil Ahmad Berharap Agar Isteri Kekal Istiqamah Bersama Ke Arah Kebaikan

Perubahan positif yang dilakukan oleh pengacara dan pelawak popular, Nabil Ahmad dan isterinya, Zira Ayub baru-baru ini mencuri perhatian orang ramai.

3 years ago

'Kita Ini Suka Sangat Buruk Sangka..' - Nabil Ahmad Bersyukur Perubahan Disambut Baik

Advertisement

Peminat Nabil juga memberi komen dan reaksi yang positif atas perubahan yang dilakukan oleh hos program MeleTOP.

Ketika ditanya mengenai perubahan positif yang dilakukan oleh isterinya yang sudah mengenakan hijab, Nabil berharap agar isterinya akan kekal istiqammah dan meminta peminat untuk doakan yang terbaik buat mereka berdua.

nabil dan isteri

Perubahan positif Nabil dan isteri mendapat pujian daripada peminat

Melalui temubual bersama Media Hiburan, Nabil berkata,

Zira berubah sebelum saya sertai tabligh lagi. Saya sebenarnya malas nak komen pasal isu ini sebab sebelum ini dia dah on-off pakai tudung dah dua tiga kali.

Tambahnya lagi,

Tapi saya perasan, dia on-off pakai tudung bila saya kena temubual, dia buka tudung. Saya memang nak dia bertudung, nak dia istiqammah sama-sama dengan saya.

Nabil turut berkata, kehidupan rumah tangganya bersama isteri dan tiga anak perempuannya lebih tenang dan harmoni setelah masing-masing mencuba untuk berubah ke arah kebaikan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...