Kerana isu itu juga, pelawak Nabil Ahmad turut terkena tempiasnya apabila ada seorang peminat fanatik Fattah menghantar “direct message” di akaun Instagram Nabil agar mengambil iktibar daripada pelakon tersebut. Mengapa ambil iktibar? Kerana sebuah portal berita berbahasa Inggeris telah mengeluarkan satu artikel dimana Michael Ang mengakui beliau yang menyusun jadual Fattah dan meminta agar tiada lagi yang menyalahkan pelakon lelaki tersebut kerana tidak hadir pada program MeleTOP.
Bengang dengan tindakan peminat tersebut, Nabil telah memuat naik foto bukti kiriman mesej tersebut bersama kapsyen luahan perasaan amarahnya berhubung perkara tersebut.
Walaubagaimanapun, Nabil sudah memadam muat naik tersebut dari akaun Instagramnya.
Hmmph, dasyat juga peminat Fattah yang sudah terlalu taksub dengan artis kesayangan mereka sehingga sanggup mengirim mesej ke Nabil dengan niat kononnya ingin memberi nasihat.