June 25th, 2015

Sejak kebelakangan ini semakin ramai selebriti Malaysia menjadi celik tentang kesihatan dan ramai yang berusaha untuk bersenam bagi mengekalkan kesihatan dan menjaga penampilan diri. Badan sado sememangnya mendapat perhatian ramai, sebagai contoh, abam sado yang sekadar menjual tauhu tetapi menjadi viral di Taiwan kerana badannya yang sasa itu.

Baru-baru ini pelakon, pelawak dan pengacara Nabil Ahmad juga tampil dengan imej sado dan khabarnya membelanjakan RM 22,000 untuk mendapatkan bentuk tubuh seperti itu dalam masa dua bulan. Dan melalui Malaysian Digest, dia memberitahu untuk mengekalkannya pula, dia berbelanja sebanyak RM 10,000 setahun.

Sebenarnya, perbelanjaan sebanyak RM10,000 itu adalah kos untuk setahun untuk mengekalkan bentuk badan saya.

Saya memang mengambil makanan diet yang sebetulnya dan tahu saja makanan diet ini bukan murah.

Selain itu saya gunakan khidmat jurulatih peribadi dan dia hanya menjaga saya saja sebab saya mahu dia yang ikut jadual saya

Untuk sepanjang bulan puasa ini, selepas kerja atau solat Terawih, saya memang berada di gym sehingga lewat malam.

Dia kini yang digelar ‘pelawak sado’ pada mulanya mula mengangkat berat kerana tawaran untuk muncul dalam iklan produk kesihatan yang bakal dilancarkan. Perubahan itu menjadi bualan ramai pihak walaupun masih ada selebriti lelaki lain yang tampil dengan imej sado.

Tambahnya, pada awalnya dia membuat keputusan berkenaan selepas mendapat tawaran untuk muncul dalam sebuah iklan satu produk kesihatan yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Saya buat badan bukan sebab nak dapat watak hero. Saya ada ‘deadline’ sebab sebenarnya saya buat badan ini kerana satu tawaran iklan produk yang menuntut saya untuk tampak sasa.

Jadi, sebagai meyakinkan pengguna akan keberkesanan produk itu, saya kena buktikan dulu untuk orang nampak perubahan itu. Produk itu adalah satu produk yang membantu mereka yang mahu sihat dan kekal berbadan sasa

Alhamdulillah, rezeki saya pun semakin bertambah. Tak sangka, saya menerima tawaran tidak putus-putus.

Nabil juga memberitahu yang dia merasakan sesetengah pujian yang diberikan kepadanya berhubung badan sado itu berunsur sindiran, tetapi dia berfikiran positif:

Artis lain pun ada berbadan sado tapi tidaklah terlalu diperkatakan sangat. Apabila ramai orang tahu saya buat badan, ia jadi kecoh pula.

Sekarang ini apabila saya keluar, ramai panggil saya abang sado. Walaupun ramai memuji tapi saya sedar, ada yang seolah menyindir tetapi saya tetap anggap itu sebagai satu pujian.

Apabila mereka panggil saya dengan gelaran itu, saya rasa kelakar dan saya rasa usaha gigih saya berhasil.

Dulu saya kurus kering sehinggakan ada yang kata saya ambil dadah. Padahal, saya ni hisap rokok pun tidak, shisha pun tak pernah apatah lagi yang benda lain.

Kalau saya hisap gerenti muntah, saya dah cuba banyak kali kononnya nak hisap rokok sebab nak nampak ‘cool’, tapi tidak boleh sehingga muntah.

Kalau bau asap rokok pun saya rasa nak muntah.

Memang hebat sekali Nabil berjaya mendapatkan bentuk tubuh sebegitu hanya dalam masa beberapa bulan hasil kegigihan dan panduan jurulatihnya. Namun mungkin Nabil perlu menerima beberapa komen orang lain yang juga membina badan di gimnasium, iaitu ‘jangan skip leg day bro’. Semoga sukses buat Nabil.

Man is least himself when he talks in his own person. Give him a mask, and he will tell you the truth – Oscar Wilde

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Monday, 22 June 2015


Comments are closed.

Loading...