Nabil Ahmad Bakal Bina Madrasah, Kos Cecah RM500K – “Mahu Realisasikan Impian Ibu, Sekarang Ni Saya Biaya Sendiri”

Hiburan

Nabil Ahmad Bakal Bina Madrasah, Kos Cecah RM500K – “Mahu Realisasikan Impian Ibu, Sekarang Ni Saya Biaya Sendiri”

Melalui laporan sebuah portal hiburan, pengacara dan penyanpai radio, Nabil Ahmad mendedahkan bahawa akan membina sebuah madrasah di kediaman keluarganya yang terletak di Mambau, Negeri Sembilan pada tahun hadapan.

Kos pembinaan cecah RM500,000

Sewaktu ditemubual, Nabil, 42, berkata perancangan pembinaan tersebut turut merangkumi penempatan untuk pelajar tahfiz.

Advertisement

Kos untuk membina madrasah termasuk penempatan para ustaz, pelajar dan tempat untuk orang datang mengaji sekitar RM500,000.

Dalam pada itu, pengacara tersebut berkata kini dia hanya membiayai kos pembinaan sendiri tetapi berniat mahu membuka kepada mana-mana individu yang mahu menyumbang di masa akan datang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

Mahu ibu melihat proses pembinaan madrasah

Bercerita lanjut, Nabil atau nama sebenarnya, Ahmad Nabil menyimpan hasrat mahu ibunya yang kini sudah 77 tahun berpeluang untuk melihat sendiri proses pembinaan madrasah tersebut.

Dia juga risau sebab dia pun sudah tua jadi dia mahu buat bekalan untuk akhirat. Saya tengah cuba secepat mungkin untuk memulakan pembinaan madrasah itu

Nabil Ahmad rancang jadikan rumah sebagai madrasah
2025-06-09 11:26:22

Imbau Kenangan Ketika Membesar, Nabil Ahmad Berniat Jadikan Rumah Keluarga Sebagai Madrasah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...