Nabil Ahmad Bakal Berlepas Tunaikan Haji 19 September Ini

Hiburan

Nabil Ahmad Bakal Berlepas Tunaikan Haji 19 September Ini

Alhamdulillah. Murah rezeki Nabil Ahmad apabila mendapat peluang menunaikan haji tahun ini. Untuk makluman, Nabil baru-baru ini telah pun selamat mengerjakan umrah. Jemputan menjadi tetamu Allah ini adalah satu rezeki yang tidak diduga dan Nabil bakal berlepas ke untuk mengerjakan rukun Islam ke 5 pada 19 September ini. Tahniah dan pastinya Nabil bersyukur dapat mengerjakan ibadah haji pada usia semuda ini.

nabil ahamd

Advertisement

Kata Nabil:-

Syukur Alhamdulillah, itu sahaja yang mampu saya ucap pada nikmat yang Allah kurniakan. Mendapat jemputan pada usia masih muda, bukanlah satu benda yang boleh diperoleh begitu sahaja. Saya teruja, tidak sabar dan sangat gembira kerana dimakbulkan doa sewaktu mengerjakan umrah agar dijemput lagi ke Tanah Suci.

Saya dihubungi oleh seorang rakan yang bertanggungjawab membawa saya mengerjakan umrah pada bulan puasa lalu kira-kira sebulan lepas. Dia juga yang pernah berpesan ketika kami berada di Mekah agar sentiasa berdoa untuk Allah jemput lagi untuk ibadah haji pula. Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan.

Tambah istimewa, saya dan 21 jemaah yang turut sama dalam rombongan persendirian ini bakal mengerjakan Haji Ifrad. Maksudnya, saya akan terus niat mengerjakan haji ketika dalam pesawat dan turun dengan berpakaian ihram sehingga 24 September iaitu pada Hari Raya Korban.

nabil ahmad

Semoga segalanya berjalan lancar buat Nabil Ahmad dan semua jemaah haji seluruh dunia. Seperti yang kita maklum, baru-baru ini satu tragedi telah pun menimpa bakal haji di Masjidil Haram. Semoga kejadian tersebut tidak berulang. Sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah kepada semua mangsa yang terkorban. Amin. Sumber Kosmo.

maleena

P.S: Cantiknya koleksi terbaru lelaki dan perempuan daripada www.maleena.my ini. Kalau Abang Nara ngan wife pakai nie mesti cute sangat-sangat. Jimat 10% jika anda membuat tempahan sekarang. Selain itu, Maleena juga sedang mengadakan clearance sale sehingga 70%. Jangan lepaskan peluang ini. Ikuti Facebook Maleena & juga Instagram MaleenaOfficial untuk lebih informasi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...