Myvi Terbaru Kini Di Singapura

Automotif

Myvi Terbaru Kini Di Singapura

Keluaran Perodua Myvi yang terbaru akhirnya dilancarkan di Singapura. Pelancaran ini berjaya disambut baik oleh lebih 250 pelanggan di Perocom Auto di Ubi, Singapura.

Sebanyak dua variasi ditawarkan iaitu 1.3X AT serta model dengan spesifikasi lebih tinggi iaitu 1.5H AT.

Advertisement

Apa yang mungkin mengejutkan pasti harga Perodua Myvi yang ditawarkan di Singapura untuk model 1.3X AT ditawarkan pada harga S$64,800 (RM197,093) manakala 1.5H AT  berharga S$69,800 (RM212,301). Harga yang dinyatakan termasuk GST serta cukai yang diletakkan Singapura.

Menurut pengarah urusan Perocom Auto, John Ng penerimaan Perodua Myvi yang tinggi di Malaysia sekaligus menunjukkan indikasi bahawa model ini bakal turut berjaya dengan pelancarannya di Singapura.

Advertisement

Untuk pengetahuan, sejak mula diperkenalkan di Malaysia Perodua telah berjaya menjual sebanyak 110,000 unit Myvi generasi terbaru setakat ini. Pada tahun lalu Perodua telah melancarkan Myvi di Indonesia namun model tersebut dijenamakan sebagai Daihatsu Sirion.

Agak menarik untuk menyaksikan bagaimana prestasi penjualan kereta ini di Singapura. Nampaknya selepas ini lebih banyak Perodua Myvi bakal menghiasi jalan raya di Singapura.

Tahniah Perodua kerana berjaya memasuki pasaran Singapura.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...