Myvi Hitam, Abang Nara dan Cerita Kami

Hiburan

Myvi Hitam, Abang Nara dan Cerita Kami

Pasti ramai pembaca blog BeautifulNara adalah pengguna kereta keluaran Perodua. Hari ini Abang Nara ada berita baik untuk anda semua. Perodua telah pun memulakan kempen “Apakah cerita Perodua anda” di mana pemilik dan bakal pemilik kenderaan Perodua boleh berkongsi cerita serta pengalaman dan memberikan cadangan yang bersesuaian kepada Perodua. Anda hanya perlu melayari laman www.peroduastory.com.my dan menghantar sama ada cerita, gambar, video atau cadangan anda di situ. Paling best mengenai “Apa cerita Perodua Anda” ini ialah Managing Director Perodua sendiri iaitu Datuk Aminar Rashid Salleh sendiri akan terlibat secara dekat dengan kempen ini. Jadi inilah peluang anda untuk menyampaikan apa yang terbuku di hati.

cerita perodua

Advertisement

Hari ini izinkan Abang Nara berkongsi beberapa cerita Perodua Abang Nara bersempena dengan kempen “Apa cerita Perodua anda”. Pejam celik pejam celik rasanya sudah 5 tahun Abang Nara memandu kereta Myvi berwarna hitam. Banyak kenangan manis, pahit dan masam-masin sepanjang menggunakan Myvi untuk ke tempat kerja, balik kampung di Kelantan dan mengorat bini Abang Nara dulu.

cerita perodua

Selepas dapat kerja, sebulan yang pertama Abang Nara menaiki komuter dan LRT untuk ke tempat kerja di Menara TM. Setiap hari jugaklah Abang Nara akan sampai ofis dengan bau masam kerana berpeluh mengharungi lautan manusia. Tak tahan dengan semua itu, Abang Nara bertekad untuk membeli kereta. Selepas meminta nasihat daripada ayah yang tercinta, Abang Nara bersetuju untuk membeli Myvi. Mengkagumkan apabila dealer Perodua yang Abang Nara gunakan hanya mengambil masa 2 minggu sahaja untuk menyerahkan kunci kereta Myvi hitam kepada Abang Nara. Sangat efisien sungguh kerja mereka.

cerita perodua

Kata orang tak sah kalau ada kereta tak eksiden. Sayangnya Myvi hitam Abang Nara eksiden selepas 3 minggu Abang Nara menggunakannya. Abang Nara masih ingat lagi tragedi yang terjadi di Federal Highway. Tiba-tiba bunyi berdentum yang sangat kuat. Rupa-rupanya ada sebuah kereta Proton Saga yang telah menghentam belakang Myvi Abang Nara. Ajaibnya apabila kereta Proton Saga tersebut remuk teruk sedangkan Myvi Abang Nara hanya bumper yang jatuh. Dan tambah ajaib apabila proses pembaikpulih di Perodua Service Centre hanya mengambil masa 2 minggu sahaja. Sekali lagi mereka memang efisien.

cerita perodua

Abang Nara sentiasa menghantar Myvi hitam ke Perodua setiap kali sudah due servis. Port yang selalu Abang Nara pergi ialah di Segambut. Tempat menunggu sangat luas, layanan mesra dan paling penting, servis yang diberikan sangat pantas. Dan tahun lepas, Abang Nara bertambah kagum dengan kesungguhan Perodua untuk memberikan yang terbaik apabila wujudnya Perodua Tweckbot. Dan Abang Nara sangat bertuah kerana mereka telah datang memeriksa Myvi Abang Nara secara percuma. Walaupun muka tampak garang, kesemua pekerja Perodua sangat cekap dan penuh ilmu di dada menerangkan mengenai servis yang perlu dilakukan terhadap Myvi Abang Nara.

cerita perodua

Abang Nara pasti ramai pembaca BeautifulNara yang memandu kereta keluaran Perodua. Tak kiralah Myvi ke, Alza ke atau pun Viva. Dan pastinya anda ada cerita anda sendiri bersama kereta anda. Apa kata anda kongsikan kisah tersebut, tak kiralah manis ke pahit ke di laman web www.peroduastory.com.my . Abang Nara pun nak tahu jugak cerita-cerita anda.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...