MyKad Anda Boleh Diperbaharui Atas Talian, Mulai Tahun Depan

Teknologi

MyKad Anda Boleh Diperbaharui Atas Talian, Mulai Tahun Depan

Sekarang ini semua perkara di hujung jari kita sahaja. Terdahulu, kita semua tahu bahawa pasport Malaysia boleh diperbaharui secara atas talian.

Baca ini: Tak payah beratur lagi, renew pasport online je mudah

Kini, bukan sahaja pasport, tetapi kad pengenalan anda juga. Jabatan Pendaftaran Negara telah membenarkan anda menggantikan kad pengenalan cara atas talian.

Advertisement

Bukan itu sahaja, Jabatan Pendaftaran Negara juga akan memperkenalkan satu aplikasi yang menawarkan satu perkhidmatan untuk memudahkan dan menjimatkan masa.

Sistem gantian kad pengenalan ini bertujuan untuk anda mengantikan kad rosak, cip rosak, gantian naiktaraf cip (Dari 32K /64K ke 80K) dan kehilangan untuk kali pertama sahaja.

Dengan aplikasi ini, anda juga boleh daftar kelahiran, kad pengenalan dan perkahwinan untuk bukan Islam secara atas talian mulai tahun depan.

Tetapi, anda masih perlu untuk ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengambil dokumen yang telah siap.

Mudah kan? Sekarang ini anda dah tak perlu beratur di kaunter, semua di hujung jari sahaja.

 

Sumber: Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...