Sedih apabila memikirkan tentang apa yang akan berlaku pada Ramadhan yang dijangka bakal bermula pada 24 April tahun ini, memandang masalah penularan wabak COVID-19 masih belum selesai.
Inisiatif baru seperti pembukaan bazar Ramadhan secara atas talian sudah pun dilaksanakan bagi memastikan masyarakat Malaysia tidak berasa terkesan dengan perkara itu selepas kerajaan mengumumkan pembatalan bazar Ramadhan untuk tahun ini.
Baca: Peniaga E-Bazar Ramadan, Sudah Mulakan Operasi Mereka Di Facebook
Kali ini dikhabarkan MY E.G Services Berhad (MYEG) telah memperkenalkan beberapa platform e-dagang baharu bagi memudahkan urusan jual beli barangan keperluan menyambut bulan Ramadhan terutama ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Platform ‘Nak Makan’
Platform ini menggunakan konsep yang sama dengan bazar Ramadhan yang menjual pelbagai juadah berbuka secara atas talian. Ia ditubuhkan bertujuan untuk membantu vendor makanan serta usahawan yang ingin mencari pendapatan, dengan memasarkan makanan dan produk mereka sendiri.
Difahamkan vendor hanya perlu beroperasi di premis mereka sendiri, dan penghantaran makanan kepada pelanggan akan dibuat oleh syarikat penghantaran ‘MrSpeedy’.
Penjualan makanan ini hanya membabitkan kawasan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor sahaja.
MYEG juga membuka peluang kepada vendor lain yang ingin menyertai platform tersebut dengan hanya mendaftarkan maklumat perniagaan di www.nakmakan.com.my atau menghubungi 03-7664 8100 atau 017-228 5948/5954/5958/5983.
E-Kraf Bazar
Seterusnya, kraftangan Malaysia turut memperkenalkan E-Kraf Bazar di media sosial Facebook. Usaha ini dilakukan untuk membantu usahawan kraf yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19.
Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), dengan adanya platform ini, pelanggan dapat membeli barangan keperluan mereka ketika PKP dijalankan seterusnya dapat membuat persiapan sebelum menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Dikatakan, kira-kira lebih daripada 700 usahawan dengan bilangan pengikut 2.3 juta dijangka akan menyertai E-Kraf Bazar yang memasarkan produk seperti tekstil, hasil hutan, seramik, logam dan aneka kraf ini.
MYEG turut dijangka akan memperkenalkan kemudahan ‘e-sahur’ dan ‘e-raya’ bagi fasa kedua dan ketiga platform tersebut.