MyEG Jual Kit Ujian Segera Covid-19 Pada Harga RM 99, Hanya Perlu 30 Minit!

COVID-19

MyEG Jual Kit Ujian Segera Covid-19 Pada Harga RM 99, Hanya Perlu 30 Minit!

MyEG baru-baru ini mengumumkan yang ia akan mengeluarkan kit ujian segera COVID-19 yang boleh dilaksanakan sendiri di rumah.

Kit itu dikatakan dibangunkan oleh sebuah syarikat diagnostik terulung, dan kit itu telah diluluskan oleh pihak berkuasa kesihatan di China dan digunakan secara meluas di sana.

Advertisement

Kit itu direka untuk mengesan antibodi COVID-19 melalui sampel darah. MyEG mendakwa yang kit itu berupaya mengesan kewujudan coronavirus dalam jangkamasa 30 minit.

Buat masa ini, MyEG masih menunggu kelulusan pihak berkuasa Malaysia untuk memulakan jualan kit itu.

Apabila mendapat lampu hijau, kit ujian itu akan dijual pada harga RM 99 seunit dan boleh juga dibeli secara pukal 10 pek pada harga RM 990.

MyEG merancang untuk membuka pra-pesanan untuk kit ujian itu di laman sesawang mereka dalam masa terdekat. Bagaimanapun, tarikh sebenar tidak didedahkan dalam pengumuman mereka. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...