Yang dinanti-nanti akhirnya tiba jua. MyCyberSale yang telah mendapat sambutan hangat pada tahun 2014 dengan jualan sehingga RM67 juta kini kembali dengan lebih besar, lebih banyak promosi dan lebih gempak buat tahun 2015. Bakal bermula daripada 28 September sehingga 2 Oktober ini, MyCyberSale 2015 membawakan lebih daripada 400 penjual atas talian termasuklah dari Sabah, Sarawak, Johor, Penang dan juga Negeri Sembilan. Confirm lagi meriah la nie.
Antara nama-nama popular yang telah mengesahkan penglibatan mereka di dalam MyCyberSale 2015 ini ialah Lazada, Zalora, 11thStreet, Qoo10, Rakuten dan banyak lagi. Untuk makluman, MyCyberSale ini adalah merupakan salah satu inisiatif dibawah Digital Malaysia dalam memperkukuhkan dan mempromosikan industri e-dagang di Malaysia. Dijangkakan MyCyberSale kali ini akan mendapat sambutan lebih hangat dan padu daripada mereka yang gemarkan membeli-belah secara online.
Pelancaran #MYCYBERSALE2015 hari ini di Publika, Hartamas.#MYCYBERSALE2015 telah dilancarkan oleh YB Dato’ Jailani Johari, Timbalan Menteri KKMM,diiringi oleh Tan Sri Abdul Halim Ali, Pengerusi MDeC dan Dato’ Yasmin Mahmood, Ketua Pegawai Eksekutif MDeC di Publika Hartamas. Neelofa dan Yumi Wong turut serta sebagai rakan selebriti #MYCYBERSALE2015. Berikut merupakan paparan video sempena pelancaran tengah hari tadi.
Posted by Digital Malaysia on Tuesday, September 8, 2015
Nasihat Abang Nara, simpan dulu duit perbelanjaan anda dan tunggulah tarikh 28 September ini untuk bershopping sepuas hati. Berdasarkan MyCyberSale tahun lepas, diskaun dan promosi yang ditawarkan memang hebat-hebat belaka. Ada yang sampai diskaun 90%. Jadi diharap bersabar lebih sikit. Maklumat lanjut layari www.mycybersale.my.