October 9th, 2017

Abang Nara memang suka membeli-belah secara online. Jimat masa, jimat petrol, tak payah bersesak-sesak, tak perlu bayar parking dan macam-macam lagilah kelebihan berbelanja secara online ini. Salah satu kedai online yang Abang Nara selalu lawati ialah Hermo.my yang menjual segala macam produk kecantikan pada harga yang sangat berpatutan. Jenama-jenama barangan yang dijual di sini pun semua yang femes-femes. Senang cakap, kalau nak jadi cantik dan kacak, memang wajib kena tahu kewujudan laman web Hermo.my.

Lagi satu bab paling best apabila membeli-belah secara online ini adalah kewujudan #MyCyberSale yang merupakan Malaysia’s Biggest Online Sale Event yang telah bermula sejak tahun 2014. Setiap tahun memang macam-macam promosi best dan tak masuk akal yang ditawarkan oleh kedai-kedai online termasuklah Hermo.my bersempena #MyCyberSale ini. Peluang setahun sekali ini sudah pasti tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.

Tahun ini, #MyCyberSale akan berlangsung bermula 9 Oktober sehingga 13 Oktober. Memang banyak sungguh tawaran kaw-kaw yang membuatkan Abang Nara gatal tangan nak bershopping. Paling mencuri perhatian Abang Nara ialah promosi yang ditawarkan oleh Hermo.my. Memang tak masuk akal sungguh. Sesungguhnya anda akan berada di pihak yang rugi sekiranya tidak merebut tawaran harga runtuh dan promosi awesome yang hanya ada setahun sekali ini.

Antara tawaran-tawaran best dari Hermo.my bersempena #MyCyberSale kali ini ialah:-

1. Sign up je dan beli something untuk dapatkan FREE sheet masks

Kalau selama ini anda tak pernah mencuba “sheet masks”, Hermo.my nak bagi 2 paket produk kecantikan ini dengan PERCUMA. Syaratnya mudah sahaja. Hanya perlu tekan butang “sign up now” bila korang melawati www.hermo.my dan buat sebarang pembelian untuk mendapatkan 2 paket sheet masks berkualiti ini. Tak payah bayar harga “sheet masks” nie. Memang free of charge dengan sebarang pembelian sepanjang promosi #MyCyberSale ini. Barang free takkan tak nak kot?

2. Voucher bernilai RM2 juta untuk direbut

Abang Nara hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala melihat tawaran voucher bernilai sehingga RM2 juta oleh Hermo.my ini. Memang tak masuk akal. Banyak gila penjimatan yang kita boleh lakukan apabila bershopping di Hermo.my bersempena #MyCyberSale. Contoh voucher yang ada ialah diskaun RM5 dengan pembelian minimum RM60, diskaun RM20 dengan pembelian minimum RM185, diskaun RM35 dengan pembelian minimum RM300 dan diskaun RM50 dengan pembelian minimum RM400. Kod vouchernya ada di gambar di bawah untuk rujukan anda. Kena cepat sebab RM2 juta ini boleh habis bila-bila masa sahaja. Siapa cepat, dia dapat.

3. CyberBundle 3 For RM39/RM99

Bermula 9 Oktober sehingga 13 Oktober ini, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan 3 produk pada harga RM39/RM99 sahaja di Hermo.my. Menariknya 3 produk ini korang boleh pilih sendiri. Jadi tak adalah “terpaksa” beli benda yang anda tak mahu. Inilah masa untuk penuhkan almari make up anda, beli pencuci muka, sabun mandi dan sebagainya. Confirm berbaloi-baloi. Serius best promosi CyberBundle ini.

4. OMO-Licious

OMO! Ini adalah slang yang sering dilafazkan oleh artis Korea ketika sesuatu yang mengkagumkan terjadi. Korang pun pasti akan menjerit “OMO!” kerana OMO-Licious menawarkan diskaun sehingga 70% dan harga yang sangat hebat untuk kesemua brand kesukaan anda. Memang tak cukup tangan kalau nak shopping! Antara promo best yang sempat Abang Nara usher ialah:-

1. Maybelline Instant Age Rewind Concealer (RM16.85 sahaja, harga asal RM30)

2. Skin Food Black Sugar Mask (RM21.50 sahaja, harga asal RM44)

3. Klairs Supple Preparation Toner (RM59.90 sahaja, harga asal RM128)

Banyak lagi produk-produk best yang ditawarkan pada harga diskaun tak masuk akal dalam promosi OMO-Licious di www.hermo.my bersempena #MyCyberSale ini. Inilah peluang yang anda harus rebut. Jangan ketinggalan!!!

Selain daripada promosi-promosi di atas, banyak lagi benda-benda best dan tawaran daripada Hermo.my yang sedang berlangsung bersempena #MyCyberSale ini. Memang anda akan membuat #HERMAZINGSAVINGS apabila anda berbelanja di Hermo.my sepanjang kempen #MyCyberSale ini. Paling penting, sentiasa refresh laman web www.hermo.my dan LIKE Facebook Hermo.my sebab banyak offer menarik akan dikongsikan di sini. Selamat berbelanja dan selamat mendapatkan produk-produk idaman anda.

Jom tengok video mereka Hermo x Mycybersales 2017 disini


Comments are closed.

Loading...