#MYCYBERSALE Inisiatif Terbaik Untuk Peniaga Online !

Trending

#MYCYBERSALE Inisiatif Terbaik Untuk Peniaga Online !

Bermula semalam, kempen #MYCYBERSALE2017 telah dijalankan sehingga 13 Oktober 2017. Bagi peniaga-peniaga online yang mempunyai platform e-commerce,waktu ini adalah waktu yang sangat terbaik untuk meraih ‘pendapatan’ yang sangat lumayan.

Advertisement

Hampir setiap saat ramai peniaga online mula mempromosikan dan mengambil peluang ini sebaik mungkin. Namun masih ada segelintir yang belum mengetahui apakah itu #MYCYBERSALE.

#MYCyberSALE merupakan inisiatif MDEC yang bertujuan ingin meningkatkan industri e-commerce di Malaysia. Diluar negara, anda tentu pernah dengar tentang Cyber Monday, Black Friday atau Singles Day di China.

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bekerjasama dengan Persatuan Industri Komputer & Multimedia Malaysia (PIKOM), dalam penganjuran edisi ke-4 #MYCYBERSALE kali ini. Ia akan dijalankan dari 9 hingga 13 Oktober 2017.

PIKOM adalah persatuan yang mewakili industri ICT di Malaysia, mempunyai lebih daripada 1,200 syarikat korporat, dan profesional individu merentasi Peruncit, Pemborong, Multinasional dan komuniti pengguna.

Bab E-Commerce PIKOM telah diluluskan pada 21 Julai 2016 oleh Majlis PIKOM untuk mengembangkan penglibatan PIKOM dalam industri e-Perdagangan.

#MYCYBERSALE 2017 menawarkan pelbagai jenis produk yang terpilih untuk mendapatkan tawaran eksklusif yang korang boleh dapatkan semasa jualan ini sahaja!

Bermula pada tahun 2014, #MYCyberSALE pertama mencatatkan transaksi online sehingga RM67 juta dalam masa 3 hari sahaja.

MYCyberSale ini melibatkan pembabitan hampir 6000 usahawan yang menjalankan perniagaan secara atas talian. Lebih dari 300,000 tawaran menarik disediakan.

Pelbagai jenis barangan di tawarkan pada harga yang jauh lebih murah dari biasa. Malah ada yang menawarkan sehingga 90% diskaun.

Beribu-ribu syarikat yang menjual barang secara online samada menggunakan marketplace seperti Lazada, 11Street, Lelong etc atau mempunyai laman web e-commerce sendiri menyertainya tahun ini.

Anda mungkin sudah terlewat untuk menyertai secara rasmi dan mendapat banner khas di website rasmi mycybersale.my untuk tahun ini.

Tapi anda masih boleh gunakan trend dan brand #MYCyberSALE untuk tawarkan produk atau servis anda pada harga promosi.

Tidak ada apa-apa sekatan dari pihak penganjur terhadap syarikat yang tidak berdaftar untuk turut sama memeriahkan event #MYCyberSALE 2015.

Sekiranya anda ingin menyertainya secara rasmi tahun hadapan, ianya boleh disertai secara percuma dan maklumat lanjut akan dikongsikan oleh penganjur nanti.

Jika anda mempunyai website online yang mempunyai payment gateway yang lengkap, disarankan anda menyertai event #MYCyberSALE ini di masa akan datang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...