November 2nd, 2009

#Sila skroll ke bawah untuk membaca gosip terbaru

#Hikayat Mister Potato ini dibawakan khas kepada anda oleh www.misterpotato.com.my

(Lagu pembukaan: Mister Potato, Mister Potato, Mister Potato).

Di suatu pagi yang hening, kelihatan seorang Mister Potato Malaysia sedang sibuk mencari ilham di atas sofa rumahnya. Dia merasakan seolah-olah ada sesuatu yang tidak sempurna di pagi itu. Sehingga berkerut dahi dan hampir gugur misainya memikirkan apa yang tidak kena di pagi itu.

mister potato

Fikir punya fikir, akhirnya Encik Mister Potato membuat satu keputusan. Dia harus keluar dari rumahnya dan cuba mencari punca kegundahan hatinya. Lantas dengan pantas dia mengambil kunci motor Suzuki 125z dan terus memecut, membelah keheningan pagi. (Sila jangan tiru aksi tidak memakai helmet Encik Mister Potato ini).

Cilok demi cilok, rempit punya rempit, Encik Mister Potato berlegar-legar di sekitar kawasan perumahannya untuk mencari sebuah jawapan. Walaupun tidak memakai helmet, Encik Mister Potato memecut dengan tidak melebihi had laju yang ditetapkan. Sungguh berhemah sekali!!! Akhirnya, setelah tanda minyak pada motornya telah berkelip-kelip, Encik Mister Potato pun berhenti di sebuah kedai. Di situ terungkaplah segala misteri ketidak”best”an paginya.

mister potato

Sepantas kilat, Encik Mister Potato memborong perisa Mister Potato kegemarannya iaitu ORIGINAL dan HOT & SPICY. Bayangkan Encik Mister Potato kita sanggup membeli 20 balang x 160 gram untuk memenuhi nafsu makannya. Walaupun banyak lagi perisa-perisa lain, tetapi Encik Mister Potato kita lebih menyukai perisa ORIGINAL dan HOT & SPICY nie. Perisa ORIGINAL memang memberi rasa kentang yang tulen manakala yang HOT & SPICY nie menyegarkan mata Encik Mister Potato yang sememangnya suka makanan pedas . Dengan pantasnya, Encik Mister Potato terus pulang ke rumah untuk menikmati keenakan kentang TERBAIK yang 100% diimport dari Atlantic, Dakota Pearl dan Hermes Potatoes (nie nama-nama jenis kentang dia).

mister potato

Tanpa melengahkan masa, Encik Mister Potato dengan lahapnya terus melantak Mister Potato ORIGINAL. Ini memang kegemaran dia sejak dari lahir lagi. Setiap chip Mister Potato nie memang rangup, enak dan tak ada kompromi. Kalau dalam bahasa omputihnya, “Every chip has to be tasty, crunchy and nice…..NO COMPROMISE!”. Tapi kenapa Encik Mister Potato makan sambil mengadap laptopnya? Jawapannya ada di www.misterpotato.com.my. Jom kita terjah ~~~

mister potato

Sudah semestinya kerana di laman web Mister Potato nie tengah ada contest !!! Itu yang Encik Mister Potato makan sambil main laptop dia. Nak menang hadiah pertandingan daripada Mister Potato rupanya. Hadiah dia?

• Pemenang Nombor 1 – RM5,000
• Pemenang Nombor 2 – RM3,000
• Pemenang Nombor 3 – RM2,000

Wang tunai RM10,000 tue. Jadi apa yang WAJIB anda lakukan untuk nak menang WANG BESAR nie? . Anda cuma perlu buat apa yang Encik Mister Potato dah buat. Selepas meng”register”kan diri di web Mister Potato, Encik Mister Potato telah bersiap sedia untuk menghadapi 8 peringkat cabaran untuk menjadi orang no 1 dalam syarikat Mister Potato. Ada cabaran menuai kentang dari dalam tanah, ada cabaran memotong kentang dan banyak lagilah. Lebih kurang macam Farmville tapi nie lebih banyak ranjau dan onak durinya.

mister potato

Walaupun ada 8 stage cabaran, Encik Mister Potato kita sehingga hari ini masih tak dapat level 1. Sangat menyedihkan kerana level inilah yang sangat penting. Apa yang perlu dilakukan ialah memilih 10 kentang yang betul-betul BERKUALITI untuk dijadikan chip Mister Potato dalam masa 20 saat.

Nampak mudah tapi sebenarnya agak payah. Itu yang Encik Mister Potato kita masih “stuck” kat stage 1. Nampak sangat pekerja-pekerja Mister Potato sememangnya telah ditrain untuk memastikan chip Mister Potato yang kita makan tue kualitinya 100% terjaga dan terjamin. Sebab itulah chip Mister Potato sentiasa rangup, sedap dan tiada kompromi dari segi mutunya.

Encik Mister Potato mencadangkan agar anda teruskan berusaha untuk memenangi hadiah wang tunai RM10,000 nie di www.misterpotato.com.my. Untuk para-para blogger pulak, nantikan blog contest yang hadiahnya jugak bernilai RM10,000. Untuk maklumat lanjut boleh layari http://www.nuffnang.com.my/blog/2009/11/02/mister-potato-fiesta-2009/

Di bawah ialah gambar yang Encik Mister Potato kita telah sediakan untuk peringkat ke 8 pertandingan kat laman web Mister Potato. Untuk pengetahuan anda, peringkat terakhir pertandingan nie perlukan anda amik gambar dan hantar macam Mister Potato yang sebenar sekreatif yang mungkin. Kalau rasa nak pinjam gitar tue, silalah hantar email kepada Encik Mister Potato kita ye.

mister potato

Mister Potato – Every chip has to be tasty, crunchy and nice…..NO COMPROMISE!


Comments are closed.

Loading...