Sedia maklum, kemelut rumah tangga yang dihadapi oleh pelakon Hafidz Roshdi dan isteri, Nurul Shuhada sememangnya meraih perhatian ramai kerana insiden yang berlaku boleh dikatakan agak teruk.
Susulan kemelut yang berlaku, anak pertama Shuhada iaitu Humairah dikatakan terpaksa menjalani rawatan psikiatri anak-anak kerana terkesan dengan dengan konflik yang berlaku di hadapannya.
Baru-baru ini, Shuhada ada memuat naik di Instagram Story bahawa Humairah kini sudah semakin pulih dari yang sebelum ini.
Tetapi, menurut Shuhada atau mesra dikenali sebagai Shu, kesihatan mental dia pula kini yang bertambah teruk, namun tiada siapa pun yang mengambil tahu hal tersebut.
Dalam pada itu, Shu juga ada berkata Umar kini terus-terusan diganggu oleh pihak sana dan mendakwa mereka sememangnya mementingkan diri kerana berbuat demikian kepada keluarga kecilnya itu.
Bagaimanapun, ibu kepada dua orang cahaya mata itu tidak menyebut nama mana-mana pihak yang tidak henti menganggu keluarganya.