My Dream Getaway Contest PETRONAS, Hadiah Awesome Untuk Dimenangi

My Dream Getaway Contest PETRONAS, Hadiah Awesome Untuk Dimenangi

Abang Nara memang menggunakan minyak PETRONAS untuk kereta Abang Nara. Setiap kali singgah di PETRONAS, Abang Nara mesti masuk kedai MESRA. Bukan apa, nak cuba nasib untuk menang dalam pertandingan My Dream Getaway Contest yang sedang dijalankan oleh PETRONAS sekarang.

petronas brands

Advertisement

Abang Nara Cuma perlu beli pek kombo dengan harga serendah RM3 sahaja untuk menyertai pertandingan ini. Hadiah-hadiah yang ditawarkan sangat awesome. Langkah-langkahnya ialah:-

1. Pergi ke kedai Mesra PETRONAS
2. Beli mana-mana pek kombo yang melayakkan anda menyertai peraduan ini
3. Pastikan resit pembelian anda di”stamp”
4. Isikan butir-butir peribadi
5. Masukkan resit ke dalam kotak penyertaan.
petronas brands
Hadiah-hadiah yang ditawarkan sangat awesome. Hadiah utamanya ada voucher percutian RM25,000, wang tunai RM20,000 dan banyak lagi. Kalau dapat memang puas hati kot!!! Abang Nara kalau menang yang mana-mana pun tak kisah. Semuanya lumayan kot.

petronas brandsSejak 8 Jun dulu, adalah dalam seminggu sekali bila isi minyak, Abang Nara akan beli pek kombo dan hantar boring penyertaan sambil berdoa. Tup-tup hujung minggu lalu, Abang Nara dapat panggilan telefon untuk menghadiri satu majlis berbuka anjuran PETRONAS. Adakah Abang Nara berjaya memenangi hadiah daripada pertandingan ini?

petronas brands
Rupa-rupanya PETRONAS minta Abang Nara tolong “cover”kan majlis penyampaian hadiah buat 100 pemenang bulanan yang pertama pertandingan ini. Fuh ~~ Kecewa jugak tak menang. Nasib baik ada 915 lagi hadiah untuk dimenangi. Paling penting, pemenang untuk hadiah utama masih belum dipilih. Peluang masih ada!!!
petronas brandsAbang Nara tertarik dengan kata-kata Encik Akbar M Thayoob, Head of Retail Business Division, PETRONAS Dagangan Berhad tentang betapa PETRONAS menekankan kepentingan pelanggan. Bagi PETRONAS, pelanggan adalah nombor 1 dan PETRONAS sentiasa berfikir dengan kreatif tentang cara untuk menghargai pelanggan-pelanggan setia mereka yang terus menyokong PETRONAS.
petronas brands100 pemenang di dalam majlis kali ini menerima voucher percutian sebanyak RM500 setiap seorang. Gembira sungguh para pemenang. Tersenyum girang je. Abang Nara sempat juga tanya tips cara nak menang. Semua pun suruh Abang Nara doa lebih sikit lepas sembahyang kalau nak menang. Hehehe.
petronas brandsKepada korang yang masih belum menyertai pertandingan ini, cepat-cepatlah ke stesen PETRONAS berhampiran. Tarikh tutup ialah pada 31 Ogos 2013 ini. Mana tahu ada rezeki di bulan Syawal ini. Kalau menang, jangan lupa kongsikan hadiah ngan Abang Nara tau. Maklumat lanjut layari www.mymera.com.my atau Facebook PETRONASBrands.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...