“My 10th Asian Titles”, Azizulhasni Awang Raih Emas Di Korea Selatan Untuk Raja Pecut Asia

Trending

“My 10th Asian Titles”, Azizulhasni Awang Raih Emas Di Korea Selatan Untuk Raja Pecut Asia

Sesuatu yang membanggakan apabila The Pocket Rocketman iaitu Azizulhasni Awang berjaya meraih pingat emas acara pecut lelaki individu di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2020 yang berlangsung di Korea Selatan pada 17 hingga 21 Oktober.

Pelumba berusia 31 tahun itu berjaya menewaskan pelumba Jepun, Yuta Wakimoto 2-1 dalam aksi penentuan pingat emas yang berlangsung di Velodrom Pusat Latihan Kebangsaan Jingcheon hari ini.

Advertisement

Walaupun tewas semasa pusingan yang pertama, beliau berjaya bangkit dalam pusingan kedua yang seterusnya membawa kepada pusingan penentuan. Beliau juga sempat berkongsikan berita kemenangannya di laman Instagram rasmi di Azizul Hasni Awang.

“Syukur Alhamdulillah. My 10th Asian Titles.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang) on

Sebelum ini, Azizulhasni merekod masa 9.977 saat, iaitu keempat terpantas pada pusingan kelayakan. Azizulhasni sebelum itu menyumbang pingat perak buat kem negara dalam acara keirin lelaki individu pada Jumaat.

Tahniah, The Pocket Rocketman!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...