Muzmatch, Aplikasi Cari Jodoh Untuk Anda Yang Masih Single

Trending

Muzmatch, Aplikasi Cari Jodoh Untuk Anda Yang Masih Single

Dunia teknologi moden sememangnya memudahkan hampir semua kerja harian manusia. Apa sahaja yang anda inginkan, semuanya boleh didapati hanya di hujung jari.

Pelbagai aplikasi atas talian yang boleh dimuat turun secara percuma untuk memudahkan urusan. Tidak ketinggalan untuk anda yang sedang single dan ingin mencari jodoh.

Advertisement

Kini anda tak perlu risau lagi, terdapat satu aplikasi yang boleh membantu anda memudahkan pencarian teman sehati sejiwa dan pasangan hidup secara atas talian.

Muzmatch, satu aplikasi dan laman web untuk rakyat Malaysia serta memfokuskan untuk mereka yang beragama Islam di seluruh dunia. Sama ada anda mencari calon daripada kalangan rakyat Malaysia yang menetap di tanah air atau pon yang sedang berada di seluruh dunia.

Bukan sahaja untuk rakyat Malaysia, malah aplikasi ini boleh dimuat turun dan diakses oleh umat Islam di serata dunia.

Aplikasi ini menyediakan platform mencari jodoh dan ‘dating’ dengan cara yang betul dan mengikut landasan agama Islam serta tidak melanggar batas pergaulan sesama muslim.

Hari ini, Muzmatch telah mempunyai lebih 500,000 pengguna berdaftar di 190 negara. Di bawah kepimpinan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Shahzad Younas, pasukan mereka bekerja keras untuk memenuhi keperluan pengguna global yang sedang berkembang pesat dengan memberi pilihan untuk aplikasi ini dan diterjemahkan ke dalam sebanyak mungkin bahasa di dunia ini.

Setakat ini, Muzmatch boleh didapati dalam 12 bahasa dengan dua lagi bahasa baru iaitu Rusia dan Bengali yang bakal dilancarkan menjelang akhir tahun ini.

Bagaimana menggunakan Muzmatch?

Caranya mudah sahaja, anda perlu memuat turun aplikasi Muzmatch secara percuma ke dalam telefon pintar anda. Kemudian anda perlu mendaftar dan membuat satu akuan sebagai pengguna baru dengan mengikut arahan yang tertera di skrin telefon pintar anda.

Selepas anda berjaya mendaftar, pencarian pasangan sudah boleh dimulakan. Pengguna boleh ‘Swipe, Match dan Chat’ profil pengguna-pengguna yang lain.

Ada beberapa button dan fungsi yang disediakan untuk memudahkan para pengguna berkomunikasi dan menunjukkan reaksi kepada profil pengguna lain yang mereka minati.

Tekan butang like, pada mana-mana profil baru yang anda jumpa untuk menyatakan minat anda kepada pemilik akaun berkenaan. Kemudian jika akaun yang anda suka juga respon dan mereka like profil anda kembali, anda boleh memulakan perbualan di ruangan chat yang disediakan.

Yang paling menarik, terdapat satu fungsi yang boleh digunakan jika anda betul-betul sudah berjumpa dengan orang yang istimewa.

Fungsi Instant Match memberi kelebihan kepada anda untuk berbual secara terus dengan profil yang anda suka tanpa perlu menunggu orang berkenaan menyukai profil anda semula. Anda perlu membayar untuk menggunakan fungsi Instant Match ini.

Kelebihan Muzmatch

Aplikasi ini membolehkan pasangan lelaki dan perempuan yang sedang berbual dan ‘berdating’ untuk melantik seorang penjaga yang akan menerima transkrip perbualan mereka.

Pengguna MuzMatch hanya boleh melihat 15 profil dalam masa sehari. Ini kerana pengasasnya tidak mahu semua pengguna terus menerus swipe gambar dan profil pengguna lain sehingga boleh menjadi ketagihan.

Pengguna MuzMatch juga tidak akan dihujani oleh gambar-gambar dan mesej nakal. Applikasi itu juga dilengkapi dengan perlindungan untuk memerangi sebarang jenis gangguan seksual yang kerap terjadi kepada ramai wanita muda.

Sejak dilancarkan pada tahun 2005, Muzmatch telah bekerja keras untuk membantu para muslim yang masih solo di seluruh dunia untuk menemui cinta hati mereka. Malah telah banyak perkahwinan yang dibina dan mereka menemui pasangan masing-masing di aplikasi ini.

Mungkin ini penyelesaian untuk anda yang masih solo dan sedang mencari jodoh.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...