“Muzik Terlalu Kuat”-Pemandu Kereta Beri Alasan, Tidak Berniat Halang Laluan Ambulans

Trending

“Muzik Terlalu Kuat”-Pemandu Kereta Beri Alasan, Tidak Berniat Halang Laluan Ambulans

Baru-baru ini viral di media sosial berhubung dengan satu kenderaan jenis Naza Forte yang menghalang laluan ambulans ketika sedang membawa pesakit. Video yang dapat dirakam oleh pemandu ambulans menerusi dash cam itu jelas kelihatan pemandu berkenaan enggan berganjak walaupun lampu dan siren sudah dinyalakan.

Video yang viral di media sosial itu mengundang kemarahan warganet kerana pemandu enggan memberi kerjasama untuk memberi laluan kepada ambulans.

Advertisement

https://twitter.com/IniAlannn/status/1370546479782264832

Dalam pada itu, pemilik kenderaan berkenaan telah menyatakan sebab menerusi akaun Facebook yang dipercayai miliknya, dia tidak berniat langsung untuk berbuat sedemikian .

“Saya buka muzik terlalu kuat, jadi saya tak dengar bunyi siren. Saya hanya tahu selepas orang ramai tengok saya ketika ambulans berlalu pergi” 

Tidak berkahir di situ, tahap kemarahan warganet terhadap pemandu berkenaan sehingga mereka mula memeriksa saman kereta tersebut dan dipercayai kereta itu memiliki 11 saman dengan jumlah RM 2,650.

Walau bagaimanapun, pemandu berkenaan telah meminta maaf khususnya kepada pemandu ambulans berkenaan dan mengakui atas kesilapannya.

Semoga selepas ini, masyarakat lebih peka dengan keadaan sekeliling dan dapat memberikan kerjasama terutamanya dalam keadaan kecemasan seperti ini.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...