Muzaidi Mohamad, Pengasas & Mudir Maahad Tahfiz Mengaku Tidak Bersalah Meliwat Tiga Pelajar Lelakinya

Kehidupan

Muzaidi Mohamad, Pengasas & Mudir Maahad Tahfiz Mengaku Tidak Bersalah Meliwat Tiga Pelajar Lelakinya

Muzaidi Mohamad, 30, pengasas dan mudir sebuah rumah anak yatim dan maahad tahfiz didakwa atas lima pertuduhan meliwat tiga pelajar lelakinya.

Menurut pertuduhan, kejadian tersebut didakwa dilakukan di Bachok dan Machang sejak April 2021 hingga bulan ini.

Advertisement

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibaca di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini.

Muzaidi diwakili peguam, Mohd Azrul Hasyimi Mohammad manakala pendakwaan  dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad dan Siti Edabayu Subhan.

muzaidi

 

Empat pertuduhan membabitkan dua mangsa sama

Mengikut pertuduhan pertama hingga ke lima, tertuduh didakwa meliwat tiga kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 15 tahun di bilik mudir di sebuah rumah anak yatim di Bachok dan bilik tidur di sebuah Maahad Tahfiz Machang.

Kejadian itu didakwa berlaku sekitar jam 10 pagi hingga 10 malam pada April 2021 hingga April 2024.

Difahamkan, daripada jumlah pertuduhan itu empat daripadanya membabitkan dua mangsa yang sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

court

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jaminsebanyak RM15,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin. Tertuduh juga tidak dibenarkan mengganggu saksi pendakwaan dan perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 29 Mei sebagai tarikh serahan dokumen.

dera pelajar tahfiz
3 months ago

(VIDEO) Ustaz Puk*l Pelajar Rupanya Di Tahfiz Dikenali Ramai, Tak Bagi Makan & Paksa Tidur Dalam Tandas!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...