“Mustahil Tak Sayang, Walaupun Tak Mungkin..” – Syada Amzah Luah Rasa Rindu Nak Kumpul Dengan Adik Beradik

Hiburan

“Mustahil Tak Sayang, Walaupun Tak Mungkin..” – Syada Amzah Luah Rasa Rindu Nak Kumpul Dengan Adik Beradik

Penyanyi Syada Amzah ada mencuri tumpuan warga maya apabila dia meluahkan rasa rindu terhadap adik beradiknya.

Dalam hantaran tersebut, adik kepada penyanyi Shila Amzah itu dilihat berkongsi foto memaparkan dia dan adik beradiknya di Instagram.

Advertisement

Muat naik foto adik beradik ketika kecil

Sebelum itu, ibu Syada, Fauziah Sarman memuat naik foto tersebut di media sosial sebelum di’repost’ semula oleh penyanyi itu.

Rindu untuk berkumpul bersama-sama

Tulis Syada, dia sangat merindui momen di saat mereka berkumpul bersama adik beradik.

Mustahil tak sayang darah daging sendiri. Missing my whole family. Not just individually, rindu berkumpul semua lengkap even if it’s impossible. Sayang semua.

Sebelum ini, hubungan adik beradik itu dilihat goyah gara-gara isu rumah banglo yang dimiliki Shila.

Instagram

Difahamkan, kesemua ahli keluarga mereka tinggal di bawah satu bumbung dan Shila ada meluahkan hasrat untuk menjual banglo tersebut namun tidak dapat diterima ahli keluarga yang lain.

Isu tersebut dikatakan sudah selesai dan Syada bersama ibu dan adik beradiknya yang lain telah menduduki rumah yang lain.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Sharifah Aini
10 months ago

(VIDEO) "Rindu Suara Lemak Merdu Kak Pah.." - Pesanan Arwah Datuk Sharifah Aini Kembali Tular, Beri Pesanan Tentang Solat Dan Aurat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...