Musim Kemarau Panjang : Jakim Saran Buat Solat Istisqa, Atasi Kemarau Panjang

Trending

Musim Kemarau Panjang : Jakim Saran Buat Solat Istisqa, Atasi Kemarau Panjang

jakim

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyarankan agar umat Islam dan masjid di seluruh negara mengadakan solat Istisqa’ (memohon hujan) selepas solat Zuhur esok.

Advertisement

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, langkah itu ialah bagi memohon kepada Allah supaya menurunkan hujan bagi mengatasi musim kemarau panjang sekarang, menghindari panas melampau dan agar cuaca kembali pulih seperti sedia kala.

“Saya meminta masjid utama di bawah kelolaan JAKIM seperti Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (kedua-duanya di Putrajaya) serta seluruh masjid dan surau Jumaat di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk menunaikan solat Istisqa.

“Di samping itu saya memohon kerjasama dan jasa baik Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri di seluruh Malaysia agar dapat mengadakan solat Istisqa’ di seluruh masjid dan surau di bawah seliaan masing-masing,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Fenomena cuaca panas akibat gelombang haba dan El Nino yang melanda negara dijangka berlanjutan hingga bulan Jun ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...