Musim Haji Pada Tahun Ini Akan Diteruskan Dengan Jumlah Yang Dihadkan

Trending

Musim Haji Pada Tahun Ini Akan Diteruskan Dengan Jumlah Yang Dihadkan

Menerusi kenyataan dari media yang dikendalikan oleh kerajaan, Arab Saudi akan mengambil langkah ketat dengan mengehadkan jumlah jemaah yang dapat mengambil bahagian dalam ibadah haji tahun ini ke Mekah. Ini adalah susulan pandemik COVID-19 yang masih lagi berada dalam keadaan yang membimbangkan.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah memutuskan musim haji bagi tahun 1441h, akan diteruskan dengan jumlah jemaah yang terhad dari pelbagai negara yang sudah menetap di Arab Saudi.

Advertisement

Keputusan ini diambil untuk memastikan ibadah Haji dilaksanakan dengan selamat sambil melakukan semua langkah pencegahan untuk melindungi umat Islam dan mematuhi ajaran Islam dalam menjaga kesihatan dan keselamatan jemaah.

Kenyataan kementerian itu menyebut Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengatakan bahawa risiko penularan coronavirus dijangkakan akan lebih menular tetapi belum ada vaksin yang tersedia untuk mereka yang dijangkiti penyakit ini. Oleh itu, keselamatan kesihatan global perlu dijaga.

Walau bagaimanapun, jumlah jemaah yang dibenarkan mengerjakan haji tidak diperincikan.

kota mekah

Kementerian mengatakan akan menjadi satu cabaran untuk menjaga jarak yang tepat di kawasan yang ramai dan mencegah penyebaran virus. Berdasarkan keprihatinan ini, Kementerian Haji mengatakan kerajaan Arab Saudi akan menjadikan keselamatan umat Islam dalam melakukan ibadah Haji sebagai keutamaan mereka.

Pada bulan April lalu, Arab Saudi menasihatkan umat Islam yang merancang melakukan ibadah haji untuk menangguhkan rancangan mereka. Indonesia yang merancang untuk menghantar 221,000 jemaah haji ke Mekah tahun ini mengumumkan pada 2 Jun bahawa mereka tidak akan menghantar jemaah mereka.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...