Boleh dikatakan bila musim cuti sekolah bermula, pasti ibu bapa akan ‘pening kepala’ memikirkan tempat yang menarik untuk bawa anak-anak bergembira kan?
Jangan risau, kami akan kongsikan 10 tempat menarik yang wajib dikunjungi bersama anak-anak!
1. Petrosains, The Discover Centre
Bukan saja tempat ini boleh memberi kegembiraan buat anak-anak, bahkan banyak juga ilmu yang boleh dipelajari jika ibu bapa bawa anak-anak ke Petrosains.
Antara topik-topik menarik yang boleh diketahui oleh anak-anak adalah seperti minyak & gas, keajaiban semula jadi serta banyak lagi. Malah, Petrosains turut menawarkan aktiviti pratikal serta hands-on.
2. Taman Burung, Kuala Lumpur
Salah satu taman yang menarik untuk dikunjungi di kawasan ibu kota adalah Taman Burung Kuala Lumpur ini kerana ia merupakan taman burung terbesar di Asia Tenggara.
Konsep taman ini adalah free-flight, di mana burung-burung yang ada bebas untuk terbang berkeliaran di kawasan yang luas. Bukan saja itu, malah, anak-anak juga boleh memberi makan kepada burung serta lihat pertunjukan burung.
3. Aquaria, KLCC
Kalau tadi lihat burung, yang ini anak-anak boleh melihat pelbagai jenis kehidupan di dalam air dan rasai pengalaman luar biasa kerana terdapat 5000 spesies hidupan laut yang ada di Aquarium ini.
Salah satu tarikan yang paling sering dikunjungi orang ramai adalah terowong bawah air yang panjang, di mana pengunjung boleh rasai pengalaman seperti ada di dasar laut.
4. Z00 Negara
Apabila mengunjungi Zoo Negara, anak-anak boleh mendapat maklumat tentang lebih 5000 haiwan daripada lebih 400 spesies, sama ada tentang habitat, pemakanan dan tingkah laku mereka.
Bukan saja boleh berinteraksi dengan memberi makanan kepada haiwan-haiwan yang ada, bahkan terdapat juga pertunjukan singa laut dan burung pemangsa yang boleh dilihat oleh anak-anak.
5. Berjaya Times Square Theme Park
Boring semua berkaitan dengan haiwan? Ok yang ini confirm anak-anak akan berasa gembira kerana dapat menaiki pelbagai jenis permainan seperti roller coaster, bumpers cars, carousel serta banyak lagi!
Ibu bapa tidak perlu risau, taman tema ini mempunyai kawasan yang luas, selesa, dan selamat. Jadi tempat ini sememangnya ideal buat keluarga yang mahu meluangkan masa bersama anak-anak.
6. Tugu Negara
Untuk info ramai, Tugu Negara merupakan satu monemun yang terpenting di dalam Malaysia, di mana ia dibina bagi memperingati para pahlawan yang telah gugur demi mempertahankan negara.
Bukan saja tempat yang penuh dengan sejarah, malah boleh memberi pengalaman bermakna buat anak-anak agar lebih mengetahui tentang pengorbanan serta jasa para pahlawan yang pertahankan Malaysia.
7. MinNature Malaysia
Rasanya tak ramai yang tahu tentang destinasi ini, di mana ianya terletak di Sungei Wang Plaza, Bukit Bintang dan amat sesuai buat anak-anak mengunjunginya.
Mereka dapat melihat pelbagai replika miniatur yang menggambarkan pemandangan, bangunan serta kehidupan harian di Malaysia dan salah satu tarikan buat anak-anak kecil adalah mencari harta karun, di mana mereka perlu mencari objek tersembunyi dalam pameran ini. Menarik kan?
Tunggu apa lagi, cepat-cepat beli tiket dan luangkan masa bersama anak-anak di musim cuti persekolah ini tau!