Musim “Bunga Sakura” di Kedah Kini Kembali

Trending

Musim “Bunga Sakura” di Kedah Kini Kembali

Musim bunga “Sakura Kedah” kembali menghiasi landskap di bandaraya ini apabila pokok-pokok tecoma mula mewarnai negeri Jelapang Padi ini terutamanya di sekitar bandaraya Alor Setar.

Advertisement

Landskap bandar Alor Setar sekelip mata berubah apabila pokok tecoma atau nama saintifiknya Tabebuia Rosea mula mekar dengan mengeluarkan bunga berwarna merah jambu atau putih sejak awal minggu ini.

Pemandangan indah yang bermusim ini menjadikan salah satu tarikan pelancong ke Kedah.

Masa inilah ramai penduduk mahupun pelancong dalam negeri mengambil kesempatan untuk bersesi gambar dan merakamkan kenangan mereka dengan bergambar bersama ribuan bunga tecoma.

Bagi kerjaya sebagai jurufoto, musim bunga tecoma merupakan lubuk rezeki mereka untuk menambah pendapatan kerana pada waktu itu, tempahan untuk sesi fotografi perkahwinan lebih banyak berbanding musim biasa.

 

Sumber: Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...