Murni Hati “Egg Boy” Sumbang A$100,000 Pada Mangsa Christchurch

Kehidupan

Murni Hati “Egg Boy” Sumbang A$100,000 Pada Mangsa Christchurch

Siapa tidak kenal dengan Will Connolly dari Australia atau lebih dikenali sebagai “Egg boy” yang  hangat diperkatakan di media sosial dan tumpuan dunia setelah tindakan beraninya memecahkan telur di kepala Senator Australia, Fraser Anning.

Beliau baru-baru ini  telah menyumbangkan A$ 100,000 bagi membantu mereka yang terjejas akibat serangan pengganas di Christchurch.

Advertisement

Bagaimana beliau kumpulkan duit ini sedangkan masih seorang remaja 17 tahun?

Selepas Will Conolly memecahkan telur di kepala Fraser Anning, orang awam mewujudkan page (halaman) GoFundMe untuk mengumpul dana bagi membayar yuran guaman beliau.

Tetapi selepas itu, beliau membuat keputusan muktamad untuk mendermakan wang tersebut kepada keluarga mangsa serangan pengganas di Christchurch.

Pada malam Selasa, Connolly telah mengumumkan di Instagramnya bahawa wang yang dikumpulkan dari page (halaman) GoFundMe berjumlah $ 99,922.36 telah disumbangkan kepada Yayasan Christchurch dan Mangsa yang memerlukan sokongan.

Bagi anda yang tidak tahu, terdapat dua halaman “GoFundMe” yang ditubuhkan untuk membantu menampung kos yuran undang-undang saya dan ‘membeli lebih banyak telur’.

View this post on Instagram

Finally!!! After a huge amount of red tape,$99,922.36 has today been transferred to the Christchurch Foundation and Victims Support. For those of you who don’t know, there were 2 Go Fund Me pages set up to help cover the cost of my legal fees and to ‘buy more eggs’. Gratefully, Gordon Legal acted probono for me so I don’t have any legal fees. I decided to donate all monies to help provide some relief to the victims of the massacre… it wasn’t mine to keep. I want to thank Corey and @sajjad12345 who set up the funds and every single person who donated to the money and made this possible. To the victims of the Tragedy, I whole heartedly hope that this can bring some relief to you. Keep spreading the love. ????

A post shared by Will Connolly (@willconnolly__) on

Bersyukurlah, Gordon Legal bertindak “pro-bono” agar saya tidak perlu membayar yuran undang-undang.

Saya memutuskan  menderma semua wang untuk memberikan bantuan kepada mangsa pembunuhan dan  bukan untuk saya simpan.

Walaupun beliau bukan beragama Islam, tetapi sifatnya yang mulia itu akan diingati oleh semua orang sampai bila-bila.

Sumber: SBS News

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...