Murid Perempuan Tahun 1 Dipatuk Ular Di Sekolah, Rebah Sebelum Maut

Trending

Murid Perempuan Tahun 1 Dipatuk Ular Di Sekolah, Rebah Sebelum Maut

11Seorang murid perempuan tahun satu Sekolah Kebangsaan Dato Hashim 1, Pengkalan Chepa maut, dipercayai telah dipatuk seekor ular di betis kirinya kira-kira jam 10.30 pagi tadi di perkarangan sekolah, lapor Utusan Malaysia.

Mangsa, Nuri Nadirah Ruslan dilaporkan telah meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa.

Advertisement

Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang bermain di Taman Mini sekolah berhampiran kelasnya kerana waktu rehat dan dipercayai telah dipatuk ular.

Sebaik sahaja dipatuk, kanak-kanak itu dipercayai terus melarikan diri masuk kelas sebelum rebah dan tidak sedarkan diri.

Menurut ibu mangsa, Wan Nor Izzatul Azwana Wan Mohamad, 28, berkata, ketika dihubungi oleh pihak sekolah tentang anaknya itu, beliau sedang berada di tempat kerja.

“Saya bergegas ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa dan melihat anak sudah tidak sedarkan diri,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...