Murid OKU Sering Mengadu Sakit Naik Tangga, ‘Parents’ Minta Kelas Anak Ditukar Tingkat Bawah Tak Dihiraukan Guru

Kehidupan

Murid OKU Sering Mengadu Sakit Naik Tangga, ‘Parents’ Minta Kelas Anak Ditukar Tingkat Bawah Tak Dihiraukan Guru

Isu berkenaan Orang Kurang Upaya (OKU) ditindas sering kali kita dapat lihat dikongsingkan di serata platform media sosial dan selalunya tentang golongan ini seperti dinafikan hak untuk menikmati kemudahan yang sama seperti individu normal.

Lebih memeritkan jika ianya berkait rapat dengan hal-hal pendidikan seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita di platform Facebookbaru-baru ini.

Advertisement

Di dalam perkongsiaannya itu, wanita itu memberitahu anaknya merupakan pemegang kad OKU dan sering kali mengadu kepada dia serta suami tentang rasa sakit kaki dan pinggang kerana terpaksa menaiki tangga di sekolah.

anak OKU terpaksa naik tangga ke sekolahSumber : mStar 

Biarpun pasangan suami isteri itu sudah memaklumkan hal berkenaan kepada pihak sekolah dengan meminta agar anaknya ditukarkan ke kelas arah bawah untuk memudahkan pergerakan berserta surat daripada doktor untuk sahkan tahap kesihatan anaknya, hingga kini masih tiada tindakan lanjut dilakukan pihak sekolah.

Dalam pada itu, suami wanita itu juga ada menghantar mesej peribadi kepada guru kelas anaknya, namun jawapan yang sama diberi iaitu tiada kekosongan.

anak OKU terpaksa naik tangga ke sekolahSumber : mStar 

Bukan ‘alasan’ itu saja yang diberikan oleh guru berkenaan, dia turut memberi cadangan agar anak mereka berpindah ke sekolah lain yang dapat bantu untuk menyelesaikan masalah ini.

Tidak menafikan berasa kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh guru terbabit, wanita itu mempunyai alasan tersendiri tidak mahu menukarkan ke sekolah lain kerana anaknya merupakan pelajar di sebuah sekolah berprestij tinggi di Terengganu dan mengikut Dual Languange Programme (DLP) iaitu belajar dalam bahasa Inggeris.

anak OKU terpaksa naik tangga ke sekolahSumber : mStar 

Hantaran tersebut telah menarik perhatian netizen untuk memberikan pandangan mereka. Ada yang bersimpati atas apa yang telah berlaku kepada anak mereka itu dan ada juga segelintir merasakan tindakan wanita itu ‘bercerita’ di media sosial soal ini, sama sekali salah.

2 years ago

(VIDEO) "Tak 'Gentle' Lah Bawak Geng" - Pelajar Dibelasah Beramai-Ramai Buat Netizen Bengang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...