Tular di media sosial selepas Mustika iaitu adik kepada Sajat memuat naik video memaparkan anaknya, Lisa telah dimarahi sekumpulan guru di kantin sekolah.
Rakaman tersebut mengundang kemarahan ramai para ibu bapa yang menghentam tindakan sekumpulan guru terbabit kerana telah melakukan sedemikian kepada anak murid.
Hal ini turut mendapat perhatian guru yang dikenali di media sosial, Cikgu Fadli Saleh yang tidak bersetuju dengan cara guru-guru berkenaan.
Hanya kerana peristiwa seminit, terbunuh jiwa seorang murid.
Menerusi rakaman itu, guru tersebut dilihat menengking dan menuding jari ke arah Lisa yang ketika itu tersedu-sedu menangis.
Difahamkan, kejadian itu berlaku pada 4 Mac lalu dan menurut Mustika anaknya pulang daripada sekolah sambil menangis teruk dan menceritakan dia telah dikepung oleh 5 orang guru.
Awak taknak sekolah, cakap sendiri dekat mak awak. Tapi jangan tuduh cikgu buat itu buat ini pada awak. Tuduh cikgu macam macam. Nanti mak awak serang cikgu.
View this post on Instagram
Cikgu padam mesej, tak beri penjelasan
Tambah Mustika, kejadian tersebut membuatkan anaknya malu dan takut untuk ke sekolah serta kini membenci subjek kegemarannya.
Bagaimanapun, pihak guru mahu pun sekolah sehingga kini masih tidak memberikan apa-apa penjelasan kepadanya berhubung kejadian yang berlaku itu.
Dia dimalukan. Diherdik, dituduh penipu, apalah daya dia. Apa dosa dia.