Murid Luah Malas Pergi Jamuan Raya Sekolah, Dakwa Peraturan Makin Mengarut – “Make Up Sikit Tak Boleh..”

Kehidupan

Murid Luah Malas Pergi Jamuan Raya Sekolah, Dakwa Peraturan Makin Mengarut – “Make Up Sikit Tak Boleh..”

Setiap kali menjelang sambutan Aidilfitri, pihak sekolah lazimnya akan mengadakan jamuan raya sebagai salah satu aktiviti yang telah dirancang dalam takwim tahunan.

Jamuan ini sememangnya dinanti-nantikan oleh para pelajar kerana ia memberi peluang untuk menikmati pelbagai hidangan istimewa serta mengeratkan hubungan antara rakan-rakan dan juga guru-guru.

Advertisement

jamuan raya sekolah

Walau bagaimanapun, seorang gadis telah meluahkan rasa berat hati untuk menghadiri jamuan raya di sekolahnya.

Murid tersebut mendakwa sekolahnya mengenakan peraturan yang tidak masuk akal, menyebabkan dia berasa tidak begitu teruja untuk menghadiri jamuan raya itu.

Sekarang makin malas nak pergi jamuan raya kat sekolah sebab peraturan makin lama makin bangang.

Kata nak happy-happy tapi make up sikit tak boleh, tudung shawl tak boleh pakai, phone tak boleh bawa, kasut wajib kasut sekolah. Baik tak payah buat jamuan.

murid taknak pergi jamuan raya sekolah

Namun, luahan murid itu mendapat kritikan daripada orang ramai. Salah seorang pengguna TikTok tampil menasihati murid tersebut supaya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh sekolah tanpa mengeluh.

Peraturan sekolah memang tidak pernah berubah. Salah jika tidak puas hati dengan peraturan sekolah.

Belum ada lagi sekolah yang benarkan pelajar untuk bersolek kecuali pihak pentadbiran memberikan kebenaran sedemikian.

Dia turut berkata pelajar masa kini sepatutnya berasa beruntung kerana berdasarkan pengalamannya dahulu, dia hanya perlu memakai baju sekolah ketika jamuan raya.

@sitinurteemah

♬ original sound – amïnah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat jamuan raya di sekolah merupakan hari paling bahagia dan mereka berharap pelajar zaman kini akan lebih menghargai jamuan yang diadakan di sekolah.

komen tiktok komen tiktok komen tiktok

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

gangguan bekalan air di unimap perlis
2 days ago

"Hanya Untuk Mandi, Jadi Kami Nak Minum Apa?" - Pelajar Dakwa Hampir 2 Minggu Tiada Air Di Kolej Kediaman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...