Murid Kecewa Tak Dapat ‘Rank’ Terbaik Dalam Kelas Walau ‘Score’ Semua A Petanda Mental Stress Disorder ?

Trending

Murid Kecewa Tak Dapat ‘Rank’ Terbaik Dalam Kelas Walau ‘Score’ Semua A Petanda Mental Stress Disorder ?

Benar setiap murid inginkan keputusan dan pencapaian yang cemerlang, namun proses untuk mendapatkannya tidak perlu terlalu menekan atau mendesak seperti meletakkan ‘Wajib’ sebagai penanda aras.

Advertisement

Memetik penulisan Dr. Putri Afzan Maria Zulkifli, keputusan seorang murid Darjah 1 yang berasa kecewa kerana kedudukan dalam kelas 22/32 walaupun semuanya A berkemungkinan besar menjadi petanda sebagai ‘calon’ baru Mental Stress Disorder.

Jom ikuti pendapat beliau mengenai isu ini..

Sampai bila kah senario seperti ini terus dibenarkan untuk berlaku dalam masyarakat kita?

Berhenti bercakap seperti “There’s nothing we can do.”, “The system requires the child to read.”, “The system this.. the system that…”

Sampai bila? Tidakkah kita yang dewasa ini ada akal dan fikiran yang boleh berfikir dan mengimbangi apa yang perlu dan apa yang tidak perlu? Ya, kita tersekat dalam sistem sedia ada.

Boleh tak kita hentikan kitaran jahat(Vicious Cycle) ini? Boleh tak kita teruskan hidup seperti biasa dengan tidak kisahkan jika anak kita boleh atau tidak?

Sebab secara saintifik nya, anak-anak ini boleh survive, boleh belajar, boleh hidup, jika kita benarkan mereka menjadi diri mereka. Kita perlu percaya pada proses.

Bukan percaya kepada HASIL yang PROSESnya melibatkan tekanan seperti ini.

Saya kasihankan anak-anak kita yang kecil-kecil lagi sudah mengalami tekanan jiwa.

Alternatifnya Parents?

1. Samada pihak sekolah memberi tekanan atau tidak, TOLONG ABAIKAN.
2. Samada anak kita masuk kelas terakhir atau tidak, TOLONG ABAIKAN.
3. Samada kawan-kawan kita nak banding-bandingkan anak-anak, TOLONG ABAIKAN.
4. Samada ahli keluarga kita mahu mengherdik anak kita atau tidak, TOLONG ABAIKAN.

Kenapa?

Kerana ANDA lebih tahu SIAPA ANAK ANDA!

Apa yang perlu anda lakukan?

Berikan sokongan MORAL. Percaya pada kebolehan anak anda. ‘Multiple Intelligence’ ada banyak, jikapun ianya bukan di bidang berkaitan akademik, ada banyak lagi ‘Intelligences’ yang lain.

Dalam AlQuran tercatat 14 Multiple Intelligence, Howard Gardner baru jumpa 9. Kenapa Howard Gardner yang buat kajian? Kenapa tidak kita? Kayu pengukur bukan hanya dengan peperiksaan.

Ada banyak cara lain.

Adakah kita semua bersedia untuk menggunakan Kayu Pengukur yang lain?

Tepuk dada, tanya selera. Kita ada akal, kita perlu berfikir.

HENTIKAN KITARAN JAHAT ini segera. 10 tahun akan datang, dunia tidak lagi melihat bilangan A. Saya ulangi kata-kata ini (semenjak tahun 2014 lagi).

Anak anda boleh survive jika mereka ada kemahiran, bukan bilangan A.

Dah bersepah di luar sana dengan hanya cantik atas kertas, tetapi tidak boleh bekerja.

Tolong ubah

(Gambar – sumber dari kenalan rapat)

#stoptheviciouscycle
#hentikankitaranjahatini
#ubahpendidikan
#ubahmetodpendidikan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...